..

..

DAKWAAN KIT SIANG FITNAH , KES BUNUH PENGASAS AM BANK TIADA KAITAN DENGAN 1MDB

on Wednesday, July 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Dicelah-celah isu 1MDB dan akaun bank Perdana Menteri timbul pula dakwaan baru untuk bikin hangat lagi jalan ceritanya…sudah masuk macam babak aksi spy leman 007.

Apa tidaknya kes pembunuhan bekas pengasas AmBank Hussain Ahmad Najadi ( gambar ) yang ditembak mati di Lorong Ceylon ,Kuala Lumpur pada 29 Julai , 2013 di tiba-tiba cuba dikaitkan dengan isu itu.

Ini gara-gara dakwaan laporan The Wall Street Journal (WSJ) konon dana sebanyak RM2.6 billion disalur menerusi beberapa entiti melalui 1MDB ke akaun peribadi Perdana Menteri di Ambank.

Anaknya,Pascal yang kini berada di Moscow dalam interbiu dengan Sarawak Report dakwa bapanya dibunuh kerana melaporkan satu penyelewengan di bank itu.

Beliau dikatakan ada buat laporan polis pasal itu pada 28 Julai – sehari sebelum pembunuhannya.

Sebaliknya Hussain sudah lebih 30 tahun berhenti dan tiada kaitan langsung dengan AmBank.

Maka seperti biasalah dakwaan ini disebar dan jadi viral di media sosial dan blog.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang ditemui wartawan di Kuala Lumpur Rabu tegas berkata tiada sebarang kaitan langsung antara kes bunuh Hussain dnegan isu dakwaan pasal IMDB dan akaun bank Perdana Menteri.

Katanya beliau dapat mengesahkan Hussain tidak ada buat sebarang laporan polis pada hari yang didakwa itu.
Khalid kata kes pembunuhannya sudah selesai dan pembunuhnya sudah ditangkap.
Seorang pemandu tow truck telah dihukum mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana membunuh Hussain.
Otai DAP Lim Kit Siang juga cuba main isu ini dengan desak polis buka balik siasatan keatas pembunuhan Hussain.-8/7/2015


4 Responses

  1. Anonymous says:

    MAT SABU NO IDEA, DIKATAKAN BELI PARTI 'KITA' DAN TUKAR NAMA

    Parti KITA itu telah dibeli dan ditukar nama kepada Democratic Islam Party (DIP), dakwaHazwan Faisal dalam Facebooknya hari ini.

    “Pada minggu lepas, Parti KITA Malaysia telah dibeli oleh seorang korporat dengan harga RM140 ribu. Pembelian parti ini diurus oleh Ishak Surin, bekas Yang Dipertua PAS Batu.

    “Parti ini kemudiannya akan diubah dengan nama Democratic Islam Party (DIP) dengan Presidennya Dr Sidiq Fadhil dan Timbalannya, Mat Sabu.

    “Sebanyak 40 NGO Islam akan menyertai parti ini dan akan diumumkan selepas raya. Geng 18 akan menyusul kemudian.

    “Didakwa Dato Mohd Asri @ Dr MAZA , Mufti Perlis, sedang dipancing menyertai parti ini,” jelas Hazwan Faisal berkenaan khabar angin yang sedang tersebar itu.

    Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata adalah mustahil krisis antara DAP dan PAS akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat, justeru itu satu parti baharu perlu ditubuhkan sebagai jalan penyelesaiannya.

    “Berpecahnya Pakatan Rakyat (PR) yang ada adalah antara PAS dan DAP yang tidak mungkin selesai dalam jangka masa pendek sedangkan pilihan raya umum tidak lama lagi dalam ketidaktentuan politik.

    “Adanya keperluan satu pakatan baharu yang mampu mencabar BN dan dianggap usaha untuk menubuhkannya amat diperlukan,” kata Khalid pada sidang media di pejabatnya, di Shah Alam semalam, lapor The Malaysian Insider.

    embentukan pakatan baharu itu katanya perlu memastikan penyatuan penyokong DAP dan PKR bersama golongan Islamis.

    “Pakatan baharu yang menyatukan hasrat rakyat, golongan Islamis, penyokong DAP dan PKR perlu diwujudkan kembali supaya ia mampu menandingi BN.

    “Ada kemungkinan entiti Islam lain perlu diwujudkan untuk menggantikan PAS dalam pakatan itu,” katanya.

    Khalid berkata, pihaknya memberikan tempoh 100 hari kepada PAS sebelum ini bagi membolehkan parti itu kembali kepada suasana kukuh dan mantap dalam PR seperti sebelumnya.

    “Tempoh 100 hari itu akan tamat pada 14 September depan. Jika PAS tidak berubah, kami terpaksa meneruskan agenda itu. Gerakan Harapan Baru. Matlamat kita nak wujudkan gabungan pembangkang yang mantap dan utuh,” katanya.COPY PASTE MYMASSA.BLOGSPOT

  2. Anonymous says:

    DAP - DEMOCRATIC ACTION PARTY..........................................DIP -DEMOCRATIC ISLAM PARTY..........................

  3. Anonymous says:

    .paul joseph goebbels [menteri propaganda NAZI ]dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa "sekerap" mungkin sehinggalah "kebohongan"tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'.


    Prinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita "bohong "melalui "media massa "sebanyak mungkin dan sesering mungkin hingga kemudian kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu kebenaran. "Sederhana" namun "mematikan."(Dapat mempengaruhi rakyat secara berkesan -kemenangan besar dalam pilihan raya lalu dengan menyebarkan propaganda palsu kepada rakyat jelata )



    understand now right my great genius gifted muslimin malays ummah....

  4. Anonymous says:

    propaganda actions is running now....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.