Mereka berpenda­pat, Kooi Ong dan ahli lembaga pengarah kum­­pulan media itu juga perlu segera disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah berkata, hal ini berikutan Kooi Ong didapati secara terang-terangan membuat pengakuan mengenai tawaran pembayaran bagi mendapatkan maklumat daripada bekas eksekutif kanan PetroSaudi International Ltd. (PetroSaudi), Xavier Andre Justo.

Katanya, tujuan mendapatkan maklumat daripada Justo walaupun dengan cara tidak betul itu juga dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada negara kerana boleh menjatuhkan kerajaan.

“Bukti sudah ada. Kooi Ong secara terang-terangan membuat pengakuan mengenai pembayaran bagi mendapatkan maklumat itu. Tindakan kumpulan media tersebut dalam mendapat­kan maklumat pen­ting mengenai 1Ma­laysia Develop­ment Berhad (1MDB) sangat dikutuk dan dianggap pengkhia­natan kepada negara,” katanya kepada Mingguan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Semalam, Kooi Ong membuat pengakuan memperdaya Justo dengan menjanjikan bayaran bagi mendapatkan dokumen berkaitan syarikat 1MDB.

Sementara itu, Pre­siden Badan Ber­tindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khai­rul Anwar Ramli berkata, kerajaan tidak perlu melengah-lengahkan lagi tindakan terhadap Kooi Ong dan kumpulan media itu berikutan bimbang terhadap kesan yang lebih buruk berlaku.

Katanya, hal ini kerana sudah jelas kumpulan media tersebut menjadi dalang dalam kemelut yang berlaku dalam negara membabitkan maruah kerajaan, 1MDB dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Pendedahan tentang siasatan yang dijalankan perlu diberitahu kepada rakyat supaya pihak berkuasa dilihat telus. Kami juga meminta pihak ber­kuasa negara ini tidak melindungi mana-mana pihak yang melakukan kesalahan,” katanya