..

..

BILA GAMBAR BERBICARA ANTARA AYAM SABUNG TUN M DENGAN PEMILIK SARAWAK REPORT

on Sunday, July 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Tidak ada lagi yang yang lebih jelas daripada ini siapakah dalang sebenar di belakang serangan oleh Sarawak Report. 

Politikus UMNO yang juga bekas pemimpin peringkat Bahagian yang sebelum ini diisytiharkan muflis Datuk Khairuddin Abu Hassan dan sejak kebelakangan ini menjadi penyokong terkuat Tun Mahathir, dikhabarkan minggu lepas telah terbangi ke London minggu untuk bertemu Pn Claire Brown, pemilik Sarawak Report. 

Sebagai warga muflis yang secara automatik tidak dibenarkan keluar negara, sudah pasti menimbulkan tanda tanya dari mana beliau mampu untuk membebaskan dirinya sebagai warga bankrap sehingga boleh melakukan perjalanan ke luar negara lagi. 

Mungkin kenyataan WSJ, Ken Brown yang berkata dalam satu wawancara bahawa mereka mendapat dokumen mereka dari sumber yang tidak dikenali yang boleh dipercayai dengan mendakwa RM2.6bilion telah dimasukkan dalam akuan persendirian milik Najib sambil berkata memiliki beberapa dokumen baharu bakal dibongkar dalam artikel beliau seterusnya. 

Disini jelas sangkaan dan tuduhan Najib tepat dan berasas dalam satu kenyataan hari ini yang berkata beliau percaya bahawa Tun M adalah dalang sebenar di belakang semua serangan media asing baru-baru ini terhadap dirinya. 


Walaupun tidak konklusif, namun foto ini sebanyak sedikit mencuit minda untuk menerima sebagai salah satu pentunjuk jelas dan berfakta betapa kata-kata Najib awal hari ini mempunyai asas yang kukuh. 

Sebagai PM dan mengawal serta mempunyai akses perisikan domestik, secara logik ikut hukum akal sudah pasti dia mempunyai bukti yang cukup untuk mengatakan siapa yang menjadi dalang serangan dengan menggunakan media asing. Yang menyedihkan ada rakyat Malaysia sanggup berkomplot dengan media asing yang kita sentiasa mencurigai dan tahu agenda tersembunyi mereka selama ini. 

Peliknya Tun Mahathir pernah suatu ketika dahulu ketika Anwar Ibrahim menggunakan media asing untuk menyerang kepimpinannya menasihati rakyat agar sentiasa berhati-hari dan ada sifat curiga segala bentuk bantuan yang mau diberikan oleh media-media asing ini. Kini beliau kelihatan sudah menjilat balik kahak pekat hijaunya itu .. sanggup menjilat demi memuaskan agenda balas dendam kesumatnya. 

Amaran dan peringatan Tun Mahathir tidak mungkin dapat rakyat melupakan begitu sahaja. Harus diingatkan ... bantuan media asing biasanya datang dengan harga yang tinggi kepada negara kita. UTARANEWS


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Mahathir....dari negarawan kepada SIALAN!

  2. Anonymous says:

    Najib...dari pahlawan Bugis kepada PONDAN bugis!!

  3. Anonymous says:

    lagi baik najib letak jawatan je.. ataupun bubar je parlimen.

  4. Anonymous says:

    Dalam hal ini, Najib perlu bersihkan dirinya dari tuduhan. Pada pendapat saya menyaman WSJ adalah perkara kedua. Langkah pertama yang tidak perlukan wang, buktikan nombor nombor akaun yang disebut dalam WSJ bukan miliknya. Kalau akaun akaun itu miliknya tunjukkan tidak ada sejumlah wang seperti yang dituduh. Menuduh TDM sebagai dalang tanpa bukti bukan tindakan bijak. Jangan lupa mungkin hamper separuh ahli ahli UMNO penyokong beliau. Dalam keadaan BN yang lemah dengan hanya bergantung kepada sokongan orang orang Melayu, adakah bijak Najib membuat tuduhan seperti itu, Mungkin hamper separuh ahli UMNO tidak menyokong BN? Bagaimana BN hendak menang dalam PRU 14? Undi dari China. Jangan HARAPLAH walaupun Najib membawa Jeckie Chan untuk menghibur kan mereka. Nasihat kepada Najib, jangan buat tuduhan melulu kepada TDM kalau belum ada bukti jelas yang boleh diperagakan!

  5. Anonymous says:

    Sialan?
    Bila dia jadi ayam sabung?
    Mana nak boleh lawan ayam sabung Bugis macam Salleh Said Keruak!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.