..

..

BERTENANG, JANGAN BERTINDAK MELULU HUKUM PM ATAS DAKWAAN MEDIA ANTARABANGSA - @HishamuddinH20

on Sunday, July 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




1MDB
05 Julai 2015
1) Saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal berhubung dakwaan beberapa media antarabangsa terhadap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkaitan isu 1MDB.
2) Jangan bertindak melulu dan terus menghukum Perdana Menteri kerana dakwaan itu hanyalah berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Jangan juga membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.
3) Saya setuju ini adalah dakwaan serius yang telah menarik perhatian ramai dan perlu diambil tindakan segera. Oleh itu, seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga ingin tahu keadaan yang sebenar. Ruang harus diberikan kepada pihak berkuasa khususnya Pasukan Petugas Khas yang dianggotai oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan ini.
4) Saya yakin Pasukan Petugas Khas ini akan menjalankan siasatan dengan segera, adil dan tidak berpihak.
5) Justeru, sementara Pasukan Petugas Khas ini melakukan siasatan, kita seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan terus memberi sokongan kepada negara yang tercinta ini.
6) Pada masa yg sama, saya juga menggesa pihak-pihak yg membuat dakwaan tersebut agar tampil dengan bukti yang kukuh. Langkah ini penting kerana dakwaan ini bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia.
7) YAB Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara ini. Saya menyokong penuh dan tetap bersama beliau dalam ketegasannya untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan tidak berasas.


YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia
Merangkap Naib Presiden UMNO


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.