..

..

BERAPA THE EDGE BAYAR UNTUK DAPAT DOKUMEN 1MDB DICURI JUSTO ?? #1MDB

on Wednesday, July 22, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




1. Pada Jumaat kebetulan 1Syawal, polis Thailand telah mendedahkan, bahawa seramai 10 individu daripada Malaysia, di mana para individu tersebut termasuk taikon media, ahli politik daripada pembangkang dan Umno juga seorang wanita kelahiran Sarawak telah berjumpa Xavier Andre Justo warga Swiss yang telah dipecat oleh PetroSaudi di Singapura dan Thailand.

2. Ekoran pendedahan Polis Thailand tersebut, semalam The Age Malaysia melalui CEOnya HO Kay Tat telah mengaku telah mendapatkan dokumen yang dicuri Justo daripada bekas majikannya.

3. Umum mengetahui, bahawa berbulan-bulan, The Age dan Malaysian Insider termasuk Sarawak reports telah membuat laporan bersiri berkaitan pelabuaran 1MDB bersama PetroSaudi yang berjumlah USD1.83bilion.

4. Pada Isnin, walaupun The Age mengaku, bahawa laporan berkaitan 1MDB merupakan yang terakhir sebelum menyerahkan semua dokumen yang dimilkinya kepada pihak yang berwajib, media kewangan tersebut masih sempat mendakwa bahawa pelaburan 1MDB sebanyak USD1.83 bilion merupakan satu scam yang melibatkan Jho Low bagi mencuri wang daripada syarikat milik Kementerian Kewangan tersebut.

5. Sarawak Reports, The Age kemudian diwar-warkan oleh The Malaysian Insider (TMI) telah mereka-reka cerita, bahawa pelabuaran awal 1MDB sebanyak USD1bilion, USD700milion daripadanya telah dipindah ke akaun Good Star di Swiss, di mana akaun tersebut kononnya dikawal oleh Jho Low.

6. Cerita direka menghubungkan Jho Low dengan anak tiri DS Najib Razak Reza Aziz, untuk memalitkan Perdana Menteri.

7. Apabila Justo ditangkap, untuk melengkap cerita berkaitan USD700milion yang dipindahkan ke Good Star, kemudian wang tersebut kononnya berakhir ke akaun Perdana Menteri seperti mana laporan The Wall Street Journal pada 2 Julai.

8. Kini, dengan pengakuan The Age, maka akan terbongkar, apa kah memang benar seperti mana laporan media itu, atau apa kah dokumen-dokumen tersebut diubah suai atau ditokok tambah? Hanya petugas khas sahaja yang boleh mengesahkannya.

9. Satu pertanyaan, berapa bayaran The Age kepada Justo untuk mendapatkan dokumen tersebut? kerana tidak mungkin warga Swiss itu melepaskan begitu sahaja dokumen tersebut tanpa sebarang bayaran.

10. Oleh kerana The Age telah mengaku, ertinya, giliran Sarawak reports pula, apa kah bakal mengaku telah membayar sejumlah wang? kemudian itu pemimpin Pembangkang khususnya Tony Pua, berapa jumlah kewangan yang bertukar tangan? Dan peranan pemimpin Umno? bagi mendapatkan dokumen tersebut, berapa kah sumbangan pemimpin Umno tersebut? dan Siapa kah Pemimpin itu?

11. Dengan pengakuan The Age, setidak-tidak kini telah terdedah, bahawa dakwaan bahawa wang 1MDB sejumlah USD1.83bilion kononnya telah lesap, sekurang-kurangnya telah terjawab, namun sumber USD700 juta yang dikatakan dimasukkan ke akaun peribadi Perdana Menteri di AmBank, apa kah memang berlaku? atau hanya rekaan? Kesahian juga akan ditentukan oleh Petugas Khas yang ditubuhkan bagi menyiasat 1MDB.

12. Dengan pengakuan The Age tersebut, benarlah anggapan sebelum ini, bahawa ada sindiket yang melibatkan pemimpin dalam negara serta surat khabar luar negara untuk membawa imej buruk kepada Perdana Malaysia dan kemudiannya menghancurkan perekonomian negara.

13. Tidak dinafikan, berikutan laporan bersiri oleh Sarawak Reports, The Age dan The Malaysian Insider, kemudian diwar-warkan oleh portal-portal pembangkang serta para pemimpin pembangkang melalui berbagai perantara media sosial, akhirnya, ringgit menjunam jatuh mendekati krisis kewangan Tahun 1997/1998.

14. Apapun kebenaran akan muncul juga, meskipun pahit permulaannya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Maaf the The Edge, kan?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.