..

..

BEKAS AHLI DAP DAKWA ISTERI TONY PUA MILIKI WANG RM3 JUTA DI LUAR NEGARA

on Thursday, July 23, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Isteri Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua didakwa memiliki wang berjumlah RM3 juta yang disimpan dalam akaun bank di luar negara.
Dakwaan itu dibuat oleh bekas Ahli DAP, Tony Tan Chee Chong yang turut menggesa Tony Pua supaya memberi respon terhadap dakwaan itu dalam tempoh seminggu.

“Kita mempunyai bukti kukuh terhadap dakwaan itu. Jika Tony Pua tidak respon, kami akan dedahkan semua dokumen berkaitan,” katanya dalam sidang media.

Dia mendakwa dokumen mengenai akaun isteri Tony Pua berada dalam simpanan seorang ahli DAP.
Tambahnya, Tony Pua sering menuduh Barisan Nasional (BN) dan kerajaan sebagai tidak telus terhadap akaun yang dimiliki mereka.

Kini, katanya, sudah tiba giliran Tony Pua untuk menunjukkan dan mendedahkan harta dan akaun yang dimilikinya serta isterinya.

“Saya mempunyai maklumat dari tiga ahli DAP yang mengatakan isterinya mempunyai banyak aset di luar negara,” katanya.

Beliau berharap Tony Pua bekerjasama dan memberi respon terhadap dakwaan ini. - FMT-



Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.