..

..

APA NIAT THE EDGE TAK SERAH DOKUMEN 1MDB SELEPAS DAPAT DARI JUSTO ? - SHAHRIR

on Sunday, July 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBCC) Tan Sri Shahrir Abd Samad mempertikaikan niat sebenar akhbar The Edge apabila tidak menyerahkan dokumen dakwaan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada pihak berkuasa setelah memperolehnya daripada bekas eksekutif PetroSaudi International, Xavier Andre Justo.
Shahrir berkata tindakan itu membayangkan akhbar berkenaan hanya ingin melariskan jualan dengan menerbitkan berita sensasi tanpa perlu mencari kebenaran.
“Pada masa sama, kita soal adakah ia bertujuan untuk menumbangkan kerajaan atau (mencetuskan) huru-hara sedang akhirnya pihak berkuasa juga yang akan memainkan peranan (dalam kes ini).
Jadi, dapatkan dokumen, menipu orang dan kemudian menyiarkan melalui tafsiran sendiri, ia tidak akan mempunyai keputusan. Ia menimbulkan syak wasangka dan huru-hara dan sebagainya kerana kita tidak mahu menggunakan sistem yang ada iaitu institusi dalam negara ini,” katanya kepada media ketika Rumah Terbuka Aidilfitri Parlimen Johor Baharu, di sini Sabtu.
Anggota Parlimen Johor Baharu itu berkata, sebagai media yang bertanggungjawab, The Edge harus mengenepikan perasaan untuk mencari berita sensasi sebaliknya menyerahkan dokumen terbabit kepada pihak polis untuk siasatan lanjut.
“Kita faham kebebasan akhbar tetapi kebebasan akhbar pun ada tanggungjawab. Ia tidak bermakna sesebuah akhbar bebas mendedahkan apa sahaja untuk suruh orang memberontak, mesti ada proses undang-undang.
Sebab itu, apabila kita mendapat sesuatu maklumat yang rasa sahih, kita kena rujuk kepada pihak berkuasa.”
Mengenai Gerakan Harapan Baru (GHB), beliau menyifatkan ia hanya parti untuk ‘golongan yang kecewa’ dalam parti asal mereka dan bukanlah sebuah harapan baharu.
— BERNAMA


2 Responses

  1. Mak Bedah says:

    Tuduhan menaikkan hasutan perkauman oleh Guilia Zino dari Global Risk.
    Semalam (Jumaat, 24 Julai 2015)akhbar Straits Times Singapura memetik artikel oleh penganalisa politik Ms Guilia Zino, dari Global Risk menghina UMNO.
    1. Kata si keparat kafir ini “Umno telah membiakkan penyerang mentaliti dan mewakili parti yang sebenar-benarnya pelindung bagi kepentingan dan keuntungan orang Melayu, yang lebih merosakkan kegentingan keadaan perkauman di Malaysia.”
    Begitu khianat dan kotor sekali pendapat si kafir ini menyusuk akal orang bukan Melayu.
    2. “Malaysia akan jadi Negara Asia-Pacific yang paling rugi besar dari kejatuhan harga minyak dan gas, serta menanggung kelebihan hutang kerajaan dan negara yang tinggi.”

    Penyebaran media durjana yang palsu memburuk-burukkan Umno membawa sial kepada orang Melayu.

  2. Anonymous says:

    Pak Sharir, tolong jawab. Najib tak nafi ada duit RM2.6b masuk akaun dia dan dia cuma nyatakan duit tu bukan utk peribadi, so sape yang pelahap duit-duit tu..? Ahli politik yang dia beli yg pelahap ramai-ramai..? Ni duit negara @ rakyat.. Tolong jawab..?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.