..

..

APA MAKSUD TERSIRAT BILA AG SAHKAN 3 AKAUN DISIASAT BUKAN MILIK PM ??

on Wednesday, July 8, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Apabila pengesahan dibuat Peguam Negara TS Gani Patail  bahawa perintah pembekuan 6 akaun tidak melibatkan akaun dipunyai PM jelas menunjukkan penipuan & fitnah portal Malaysiakini dan WSJ 

This was revealed by a highly placed source familiar with the ongoing investigation into the scandal that has threatened Najib’s political career.
“Yes, the three accounts are his (Najib’s),” said the source, who spoke on condition of anonymity.
“We have to be careful and tread cautiously on this matter,” he told Malaysiakini, but declined to reveal details on the other three accounts.
Ini menunjukkan  6 akaun disiasat itu BUKAN MILIK PM !!  
JADI SECARA JELAS TUDUHAN WSJ  ADALAH FITNAH DAN DOKUMENNYA ADALAH PALSU !

Insyallah pasukan peguam PM & kerajaan pastinya sedang melakukan persediaan menyaman WSJ bersama syarikat2 yang terbabit dituduh . 

Di saat ini rakyat harus memberi sokongan kepada PM kerana serangan kali ini adalah datang dari  tangan-tangan asing bersama orang dalam di negara ini untuk menghancurkan kerajaan Melayu Islam !!

KEBENARAN AKAN DIBUKTIKAN .......


BERHUBUNG SIASATAN PASUKAN PETUGAS KHAS BERKENAAN DAKWAAN DANA DISALURKAN KE AKAUN PERDANA MENTERI
Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, menekankan kebimbangannya berhubung pembocoran dokumen berkaitan dengan suatu siasatan jenayah yang sedang dijalankan dan meminta supaya siasatan penuh dibuat ke dalam perkara itu. Kebimbangan itu turut disokong oleh Gabenor Bank Negara Malaysia, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Peguam Negara mengambil maklum bahawa dokumen yang didedahkan dalam artikel Wall Street Journal, “Malaysia Orders Freeze of Accounts Tied to Probe of Alleged Transfers to Prime Minister Najib” bertarikh 7 Julai 2015 merupakan hal perkara suatu siasatan dan menekankan kepentingan menjaga integriti siasatan itu agar tidak timbul kemusykilan di kalangan orang awam.

Peguam Negara menekankan bahawa ini bukan persoalan “whistle-blowing” kerana perkara yang berkenaan sudah dalam siasatan. Suatu lagi isu yang membimbangkan adalah bahawa dokumen itu dikatakan telah dibocorkan dari dalam siasatan itu sendiri.

Peguam Negara juga memperjelas bahawa perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri.

Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme siasatan.
Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan institusi kewangan itu.

Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang lain.

TAN SRI ABDUL GANI PATAIL
Peguam Negara Malaysia
8 Julai 2015


One Response

  1. Anonymous says:

    .paul joseph goebbels [menteri propaganda NAZI ]dianggap sebagai pelopor dan pengembang teknik propaganda modern. Teknik jitu ciptaannya diberi nama Argentum ad nausem atau lebih dikenali sebagai teknik Big Lie (kebohongan besar). Prinsip asas teknik ini adalah menyebarluaskan berita bohong melalui media massa "sekerap" mungkin sehinggalah "kebohongan"tersebut dianggap sebagai suatu 'kebenaran'.


    Prinsip dari tekniknya itu adalah menyebarluaskan berita "bohong "melalui "media massa "sebanyak mungkin dan sesering mungkin hingga kemudian kebohongan tersebut dianggap sebagai suatu kebenaran. "Sederhana" namun "mematikan."(Dapat mempengaruhi rakyat secara berkesan -kemenangan besar dalam pilihan raya lalu dengan menyebarkan propaganda palsu kepada rakyat jelata )



    understand now right my great genius gifted muslimin malays ummah....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.