..

..

AKHIRNYA THE EDGE MENGAKU DAPAT MAKLUMAT CURI DATA JUSTO @MpKotaBelud #1MDB

on Tuesday, July 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pengarah Strategik Konunikasi BN Datuk Abdul Rahman Dahlan menggunakan Twitter untuk mengecam Ketua Pegawai Eksekutif The Edge Media Group, Ho Kay Tat berhubung laporan disiarkan mereka mengenai 1MDB.
"Kata The Edge ini bukan politik. Maafkan saya. Saya bukan baru lahir semalam. Jangan merendah-rendahkan," tulisnya di Twitter hari ini.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu berkata, The Edge tidak ragu-ragu "menyertai pembangkang" berbanding bersikap berkecuali.

Abdul Rahman yang juga Pengarah Komunikasi Strategik BN itu mendakwa, The Edge juga mengaku memperoleh maklumat curi daripada bekas eksekutif PetroSaudi International (PSI), Xavier Andre Justo.
"Akhirnya The Edge mengaku mereka mendapat data curi daripada Justo! Bagaimana agaknya jika (pihak berkuasa) Thailand tidak menangkap Justo, adakan mereka akan mengakuinya?" tulis Abdul Rahman lagi.
Dalam kenyataannya, Ho berkata The Edge dimaklumkan "seseorang" bersedia berkongsi maklumat mengenai kerjasama 1MDB dengan PSI pada awal tahun ini.
"Kami tidak dimaklumkan siapa dia (Justo) sebelum bertemu dengannya.

"Orang ini - yang tidak akan kami namakan - menunjukkan kepada kami beribu-ribu emel dan dokumen lampiran.

"Kami membaca sebahagian daripadanya dan yakin kesahihan dokumen berkenaan kerana jumlah dan jejaknya. Kami kemudian mendapatkan pengesahan pakar IT (teknologi maklumat) bahawa tiada sebab untuk bimbang ia adalah palsu," katanya.


One Response

  1. Anonymous says:

    Kalau tak ada pendedahan...lagi lah 1MBD boleh buat suka hati dia je

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.