..

..

UMNO P.PINANG BERANG TINDAKAN ROBOH STRUKTUR UMNO TAK IKUT PROSEDUR @dzainalabidin

on Saturday, June 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments



Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang hari ini menyelar tindakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) yang bertindak merobohkan struktur logo Umno di Menara Umno Negeri di Jalan Macalister di sini semalam dengan menyifatkan tindakan MBPP itu sebagai tidak mengikut prosedur dan dibuat secara tergesa-gesa.     

Pengerusinya Datuk Zainal Abidin Osman berkata pihaknya berasa kesal, kecewa dan marah terhadap sikap kerajaan DAP yang telah mengarahkan penguat kuasa berbuat demikian yang seolah-olah mahu menindas Umno.




"Tindakan MBPP ini sesuatu yang tidak bertanggungjawab dan tidak mengikut prosedur di bawah Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974. 


Kami mahu meminta MBPP untuk melihat dan mengkaji serta jangan tergesa-gesa mengambil apa-apa tindakan tanpa merujuk kepada Akta 133 yang digubal pada tahun 1974 ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata di bawah Seksyen 72 (6) Akta 133, telah termaktub dengan terperinci bahawa apa-apa bangunan yang berpunya sama ada struktur yang menjadi sebahagian daripada bangunan yang ada pemilik, sekiranya MBPP mendapati ia tidak mematuhi apa-apa peraturan, maka hendaklah diberi notis selama 30 hari untuk pihak bangunan melakukan tindakan sesuai untuk memulihkan keadaan mengikut prosedur.

"Tindakan MBPP ini terang-terang tidak mengikut prosedur dan akta dalam menjalankan penguatkuasaan," katanya.   

Zainal berkata, apa yang mengecewakan tindakan merobohkan struktur logo itu dibuat setelah perbincangan dilaksanakan apabila MBPP meminta pihak pengurusan bangunan Umno negeri memberikan serahan dokumen terperinci bagi memohon permit untuk membenarkan logo diletakkan di bangunan bawah menara itu.

"Kita dah nak pergi hantar secara terperinci dokumen yang diperlukan untuk permit dan dah setuju nak pergi hantar pada pagi Isnin ini. Tapi petang Jumaat (semalam) mereka dah ambil tindakan. Ini satu perkara yang tidak bertanggungjawab, tidak ada budi bicara, kita dah bincang, dilanggar pula
perjanjian dan terus datang merobohkan struktur logo," katanya.

Beliau turut menegaskan walau apa juga keadaan, Umno Pulau Pinang tetap akan mengekalkan tempat peletakan logo tersebut.

Beliau turut meminta kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP dan MBPP agar tidak berdolak dalih lagi selepas ini dan memberikan segera permit untuk membenarkan logo tersebut berada dan diletakkan ditempat seperti yang dimahukan Umno negeri.

Semalam penguat kuasa daripada MBPP telah merobohkan struktur tulisan Umno yang didirikan di hadapan jalan masuk ke bangunan tersebut. - Bernama


6 Responses

  1. Zack says:

    Kenapa tak ajak samseng UMNO seperti Nazri atau Bung. Setakat menyalak aje tu namanya samseng taik kucing.

  2. Anonymous says:

    Padan muka melayu ..DAP tetap memperbodohkan orang orang melayu.
    ...berapa ramai penguatkuasa MBPP bangsa cina..kesemuanya melayu..itu sebab la DAP suruh..macam tu pun masih tak paham..suruh melayu gaduh dgn melayu.

  3. Tak payah meroyan lah, sendiri pun samseng...!.

  4. Anonymous says:

    Betul, sangat lah tue, UMNO masih tidak Cerdik! IQ rendah

  5. Anonymous says:

    Hehehe.....melayu Penang....Oh melayu Penang ...kah kah kah....

  6. Anonymous says:

    Anjiing melayu gaduh dengan anjing melayu..tuan bangsa pendatang tersenyum riang...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.