..

..

ULAMA USUL PUTUS HUBUNGAN DAP , SIGNAL CALON TAJAAN AKAN DITUMBANGKAN ?

on Thursday, June 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Dewan Ulama PAS hari ini menerima dengan sebulat suara usul tergempar supaya kerjasama politik dengan DAP dibatalkan.

Namun usul yang dibawa oleh ahli jawatankuasa Dewan Ulama, Mokhtar Senik itu menyatakan PAS perlu kekal dalam Pakatan Rakyat untuk meneruskan perjuangan mereka.

"Menyedari DAP secara berterusan dan konsisten melakukan pelbagai provokasi terhadap kedudukan PAS dan Pakatan Rakyat

"Dewan Ulama PAS ke-54 mencadangkan kepada Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa PAS Pusat supaya hubungan kerjasama politik dengan DAP dibatalkan dan PAS terus kekal dalam Pakatan Rakyat,” katanya.

Usul berkenaan kemudian diterima tanpa bahas apabila 644 perwakilan bangun sebagai tanda bersetuju dengan laungan takbir. KLIK DI SINI



Komen GPB 

Usul ulama PAS cukup mudah difahami iaitu ia sebagai arahan kepada perwakilan supaya calon PAS pro DAP ditumbangkang .  Ia telah diterjemahkan di Pemuda dan Muslimat PAS . 

Manakala PAS terus kekal dalam PR untuk menunjukkan pendirian mereka kepada perwakilan mereka masih lagi dengan PR  kerana Mat Sabu terpaksa  menyatakan ahli parti tak perlu takut dengan DAP 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.