..

..

TUN MAHATHIR BAKAL CERAMAH DI PENTAS PAS UNTUK MENGHENTAM PM ???

on Sunday, June 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




PAS bersedia menawarkan pentas kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memberi penerangan mengenai isu yang membelenggu rakyat selepas bekas perdana menteri itu dihalang berbuat demikian dalam satu majlis semalam.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, Dr Mahathir tidak seharusnya menerima layanan sedemikian kerana jasa yang disumbangkannya selama 22 tahun menerajui kepimpinan negara.

“Kita juga menerima berita mengejutkan. Dr Mahathir tidak dibenarkan berucap, dibawa polis waktu mula nak berucap," katanya merujuk program Dialog PM bersama NGO bertema ‘Nothing2Hide’ pagi semalam.

“PAS tawarkan tempat kepada Dr Mahathir. Kalau Dr Mahathir tak dapat tempat, tak apa, kita tawar pentas kita.


“Saya simpati dengan Dr Mahathir, dia bekas perdana menteri lama negara kita dan tak sepatutnya dia dilakukan sedemikian,” katanya pada satu ceramah khas bersempena Muktamar PAS kali ke-61 yang diadakan di Stadium Kuala Selangor.
Sebelum ini Mahathir pernah berucap di pentas PAS apabila beliau mahu Tun Abdullah berundur dari jawatan Perdana Menteri. Mahathir juga ketika itu disokong oleh kebanyakan penyokong Pakatan Rakyat termasuklah beberapa pemimpin mereka semata-mata untuk merosakkan Umno. - Utaranews.com


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.