..

..

TUN M DATANG UNTUK HENTAM PM BUKAN DENGAR PENJELASAN - SALLEH

on Sunday, June 7, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Tun Dr Mahathir Mohamad hanya hadir ke majlis Dialog '#Nothing2Hide' Datuk Seri Najib Razak bersama badan-badan bukan kerajaan (NGO) untuk "hentam" Perdana Menteri, kata Datuk Seri Salleh Said Keruak.

Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu berpendapat, Dr Mahathir tidak kisah tentang penjelasan Najib kerana beliau sudah memutuskan untuk tidak menerima apa-apa penjelasan Perdana Menteri itu.

"Malah, tujuan utama Tun Mahathir hadir adalah untuk 'hentam' Najib.

"Dr Mahathir telah merendahkan dirinya dari tahap seorang negarawan ke tahap orang yang bertengkar di  jalanan. Dan ini adalah yang perkara yang paling malang. Apa yang lebih malang ialah Dr Mahathir menjangka Perdana Menteri juga akan turun ke tahap ini," kata Salleh di dalam blognya hari ini.




Khairudidin bangkrap & Mat Said dari NGO mana ??

Beliau berkata beliau lega kerana majlis tersebut telah dibatalkan, dan dialog yang bakal bertukar menjadi pergaduhan awam antara Najib dan Dr Mahathir, adalah satu idea yang buruk.

"Pertama sekali, saya melihat tiada apa-apa kebaikan dalam pergaduhan seperti ini. Tiada pemenang dan tiada yang kalah dalam sesuatu seperti ini. Saya masih ingat ketika perbahasan awam di antara Pemuda PKR dan Pemuda UMNO, juga di PWTC, ia telah menjadi perlawanan mengejek dengan kedua-dua pihak mendakwa mereka memenangi debat tersebut.

"Apa yang akan berlaku adalah maruah pendebat akan direndahkan dan orang ramai hanya berminat untuk melihat pergaduhan, tidak berminat langsung tentang fakta yang pendebat ingin berhujah.

"Ini adalah apa yang akan berlaku pada hari ini. Tiada siapa berminat dengan apa yang Perdana Menteri katakan. Apa yang mereka mahu melihat adalah untuk Dr Mahathir hentam Najib di khalayak ramai," kata Salleh.

Tambahnya, ia adalah suatu idea yang baik Najib tidak hadir ke majlis tersebut.


One Response

  1. Anonymous says:

    Siapa yg najib akan dengar jika rm42bil ''Lesap''? Macam lenyapnya Pesawat MAS
    Ni soal Negara bukan soal hentam - Jawab lah , Salleh ni bodoh atau lebih rela Malaysia muflis , Ni bukan soal peribadi Negara , org biasa report najib Apa jadi ?? Muflis Tapi kenapa ahli parlimen Lenggeng muflis najib nak selamatkan ??Apa jadi dengan saham felda apa guna beli hotel di london // kenapa tak beli hotel di Madinah ??? kamu ni nak bodek najib utk apa , najib patut BERHENTI FAILED!!!!!!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.