..

..

RAFIZI HANYA CARI POPULARITI , DOKUMEN LENGKAP SUDAH HANTAR SPRM UNTUK SIASAT - ANUAR MUSA

on Tuesday, June 30, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohd Rafizi Ramli  diminta membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung siasatan mengenai isu pembelian hartanah anak syarikat Majlis Amanah Rakyat (MARA), Mara Incorporated Sdn Bhd (Mara Inc), daripada terus meraih populariti daripadanya.

Kenyataan dibuat pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa bagi menjawab  gesaan Rafizi agar beliau memberikan penjelasan berhubung pembelian hartanah Dudley House International di Melbourne, Australia yang menjadi tumpuan media sejak akhir-akhir ini.

Kata Annuar menerusi kenyataan kepada Astro AWANI, dokumen lengkap berkaitan pembelian hartanah tersebut telah diserahkan beliau kepada SPRM pada Jumaat.

"Wajarkah saya melayan mereka mereka yang yang lebih berminat mendapatkan publisiti berbanding mengetahui mengenai hasil siasatan nanti?

"Apa yang dibangkitkan Rafizi bukan perkara baru dan saya pasti siasatan sedang dilakukan. Rafizi sedikit terlambat," kata Annuar.


Rafizi juga kata Annuar dilihat lebih berminat menjadikan isu itu sebagai umpan untuk perbincangan terbuka di pihak umum.


Pembentangan laporan lengkap oleh Mara Inc juga kata Annuar telahpun  berlangsung pada petang tadi di Bangunan Mara Jalan Raja Laut.

Walau bagaimanapun laporan penuh intipati pembentangan masih belum dikeluarkan  Mara Inc.

Tambah Annuar lagi satu sidang media akan dibuat pada Mesyuarat Khas Majlis Mara 2 Julai ini.

Rafizi dalam satu sidang media yang dianjurkan oleh National Oversight and Whistleblowers (NOW) pagi tadi mendakwa dokumen baru yang diperolehinya mendedahkan beberapa kepincangan prosedur pembelian hartanah MARA di Australia.

Beliau juga meminta penjelasan mengenainya dari Annuar berhubung urusan jual beli beberapa hartanah di Melbourne.


One Response

  1. Anonymous says:

    Apahal kes wistleblower kutip duit dari orang ramai tanpa permit tu yek? Bila agaknya nak bicara.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.