..

..

PKR SPIN LAGI ..TARIK BALIK SAMAN BUKANNYA ANWAR TAK LIWAT

on Tuesday, June 2, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Belum apa-apa peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah buat andaian sendiri konon langkah Saiful Bukhari Azlan tarik balik saman RM50 juta sebagai petanda bekas Ketua Pembangkang itu tidak bersalah kes liwatnya.

Latheefa Koya dipetik sebagai berkata mereka gembira kerana ia menguatkan bahawa Anwar tidak bersalah.

Ketua AMK PKR Nik Nazmi Ahmad menerusi twitter kata , "Saiful dulu bersumpah bagai nak rak, sekarang kes saman kat @anwaribrahim ditarik balik. Apa cerita ni?"

Apa naik hairan kalau mereka spin begitu.

Soalnya betulkah?

Lainlah kalau Saiful buat kenyataan rasmi tarik balik dakwaan Anwar meliwatnya.

Itu baru berita yang kasi gempar satu dunia.

Kalau nak tahu sebabnya...ini kenyataan Saiful sendiri mengenai hal itu yang dimuatnaik awal petang Isnin menerusi laman blognya http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/


BERIKUT IALAH KENYATAAN SAIFUL MENGENAI KEPUTUSAN TARIK BALIK SAMAN RM 50 JUTA TERHADAP ANWAR
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Saya dengan ini ingin mengesahkan bahawa saya tidak lagi bercadang untuk meneruskan saman dan tuntutan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang saya telah failkan pada bulan Jun 2014 yang lalu.
Ingin saya tegaskan bahawa keputusan saya ini tidak bermakna saya menarik balik segala kandungan di dalam laporan polis yang saya buat ke atas DSAI pada 2008.
Perkara ini dibuat atas beberapa sebab;
Pertama,
Saya ada kes dan hujah yang kukuh untuk saman ini, namun proses perundangan kadang kala mengambil masa yang amat panjang untuk sampai ke peringkat Mahkamah tertinggi negara. Saya tidak berkeupayaan untuk membiayai kos guaman yang tinggi sehingga ke peringkat itu.
Perlu bergadai harta dan masa untuk turun naik Mahkamah. Cukuplah 7 tahun saya melalui proses perundangan turun naik Mahkamah untuk membukti kebenaran laporan polis yang saya buat pada tahun 2008. Saya mahu terus kehadapan.
Kedua,
Laporan polis yang saya buat berkenaan saya diliwat Anwar telah pun dibuktikan BENAR apabila kelima-lima Hakim Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari lalu mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada April 2014 yang mendapati bahawa beliau bersalah meliwat saya, dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara. Mahkamah Persekutuan juga telah memutuskan untuk mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan bahawa saya adalah seorang saksi yang kredibel, boleh dipercayai dan berkata benar.
Ketiga,
Saya seboleh-bolehnya tidak mahu proses perbicaraan sivil ini sekiranya berlangsung, dieskploitasi untuk kepentingan pihak-pihak tertentu.
Sekian kenyataan saya.
Terus Istiqamah,
SAIFUL BUKHARI AZLAN
p/s: Untuk makluman, perkara menarik balik writ saman ini juga pernah dilakukan oleh defendan di mana beliau menarik balik writ saman terhadap saya pada tahun 2012 "Anwar tarik balik saman terhadap Saiful"http://www.malaysiakini.com/news/208677 . Saman tersebut difailkan setelah saya buat laporan polis pada 2008, ia memakan masa 4 tahun sebelum ianya ditarik balik.



In
gat balik..., Saiful telah memfailkan saman terhadap Anwar menuntut ganti rugi RM50 juta berhubung kes liwatnya pada 23 Jun,2014 yakni lebih tujuh bulan sebelum Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 buat keputusan kekalkan hukuman bersalah dan lima tahun penjara.

Saman ini merupakan saman sivil Saiful terhadap Anwar.

Perbicaraan kes liwat utama Anwar ialah kes jenayah.
Dalam samannya Saiful menuntut ganti rugi RM50 juta selepas mendakwa beliau mengalami kesakitan fizikal dan menanggung penderitaan sejak 2008 sehingga kini akibat diliwat oleh Anwar.
Beliau mendakwa Anwar menuduh laporan polis yang dibuat pada 28 Jun 2008 mengenai kejadian liwat itu sebagai satu fitnah dan konspirasi terhadap Anwar.
Saiful mendakwa beliau tidak pernah berbohong dengan kandungan laporan polis itu yang menyatakan Anwar telah meliwatnya dan kali terakhir kejadian itu berlaku pada 26 Jun 2008, di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setia Kasih, di sini.
Saiful mendakwa beliau telah dipandang rendah oleh masyarakat yang mempercayai tuduhan Anwar terhadapnya, dicemuh di laman-laman sosial dan telah mengalami tekanan teruk akibat daripada fitnah dan kejadian liwat itu.
Sehubungan itu, Saiful memohon ganti rugi RM50 juta, ganti rugi am, khas, teruk, faedah, kos dan lain-lain relif yang dianggap sesuai oleh mahkamah.
Pagi Isnin hari ini sepatutnya ditetapkan untuk pengurusan kes itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Namun peguam Saiful, Zambri Idrus memberitahu Persuruhjaya Kehakiman Azizul Azmi Adnan di kamarnya bahwa anak guamnya hendak tarik balik saman itu.
Zambri tidak dapat ditemui wartawan selepas itu untuk beri sebabnya.Ia dengan sendiri mencetuskan pelbagai andaian dan spekulasi mengenai sebab saman itu ditarik balik.- 1/6/2015 AGENDA DAILY - 


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.