..

..

PEMUDA PAS BARU KENAL THE MALAYSIAN INSIDERS KAKI FITNAH

on Friday, June 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



GPB simpati dengan nasib  Perwakilan Pemuda PAS Perak hanya kerana kenyataannya ucapan telah   diputar belit & spin sensasi  oleh portal dajjal  Malaysian Insiders , beliau dihina begitu teruk  di internet .

Pemuda PAS nampaknya baru nak sedaq fitnah dajjal dari kalangan media bertuhankan " Freedorm Of Press " dipejuangkan orang Yahudi   .Pemimpin  kerajaan dan  UMNO lagi banyak kena fitnah akibat daripada manipulasi puak -puak  ini .


Akibat dan kesannya  memang teruk la sampai orang maki hamum dan fitnah di komen FB portal terbabit  .

Sebenarnya tingkah laku mereka ini tak ubah seperti anjing .

Tanya lah team2 event yang organize program kerajaan ,  media2 TMI Mkini dan sewaktu dengannya memang tidak faham erti professional journalism. 

Tak dapat jemputan, kemudian merempuh masuk atas nama agama baru yang bernama "freedom of press". Bila dihalau, mereka buat berita kononnya ditekan sedangkan mereka yang tak ada adab, buat-buat  innocent tak faham peraturan. 

Apabila mereka diambil tindakan, ramai pula yang membela seolah-olah mereka ini hero , pejuang  dan ikon . 

Sekarang Pemuda PAS baru  kenal perangai puak-puak kaki fitnah ini..dulu percaya sangat ...haha












Perwakilan Pemuda PAS Perak Mohd Syakirin Hussein mendakwa beliau di hina oleh pelayar Internet selepas portal The Malaysian Insider (TMI) melaporkan beliau sebagai mendakwa PAS tidak menentang Umno kerana belum mendapat wahyu daripada Allah.

Beliau berkata laporan itu menggambarkan seolah-olah beliau mendapat wahyu daripada Allah SWT yang jauh tersasar daripada intipati ucapannya pada sidang perbahasan pagi tadi.

Laporan TMI itu memetik Syakiran sebagai mendakwa PAS tidak harus menentang Umno selagi Allah tidak menyuruh menentang parti berkenaan.

"Kita tentang Umno sebab Allah suruh kita tentang Umno. Kita tidak tentang Umno selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno,"

TMI memetik Syakirin sebagai berkata semasa sesi perbahasan Pemuda PAS pagi tadi.

"Jangan tuduh konflik 1MDB kerana Umno, kita lawan bukan kerana Umno tetapi kita lawan kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah, kita lawan Umno kerana Allah suruh kita lawan Umno," Syakirin dilaporkan berkata dalam portal TMI.

Syakirin berkata akibat laporan itu, beliau dikecam dan dihina oleh pelayar internet.

"The Malaysian Insider kena bertanggungjawab dengan apa yang mereka laporkan termasuk komen-komen yang ada serta penghinaan kepada agama dan sebagainya. Contohnya, seolah-olah saya mendapat (wahyu) daripada Allah SWT...sedangkan apa yang saya katakan itu jauh berketepatan dengan apa yang dilaporkan.

"Itu satu manipulasi yang biadap dan tidak dapat diterima.

"The Malaysian Insider mesti meminta maaf kepada saya kerana mencemar kesucian," katanya ketika ditemui pemberita.

Rakaman video Antarapos menunjukkan Syakirin hanya menegaskan bahawa perjuangan politik PAS adalah kerana Allah.

Justeru, kata beliau, perjuangan PAS lebih untuk menegakkan syiar Islam dan bukan semata-mata kerana perbedaan politik dengan DAP mahupun Umno.

"Maka sama-sama kita jaga ketulenan perjuangan kita, sebab itu tuan-tuan, saya hendak menyebut, jangan sekali-kali mudah mengatakan kita lawan kerana apa? kerana Umno? Kita tentang kerana apa? Kerana Umno?

"Kita lawan DAP kerana apa? kerana Umno? Islam tidak mengajar kita lawan kerana Umno tetapi Allah mengajar kita melawan kerana Allah SWT, dan apa yang kita perjuang hari ini, kita mesti lawan dan berjuang kerana Allah, kita tidak lawan Umno sekiranya selagi Allah tidak suruh kita lawan Umno," katanya dalam rakaman video itu.

Ketika sesi perbahasan, Ketua Pemuda PAS Selangor Syarhan Humaizi berkali-kali mendesak agar TMI memohon maaf dan menarik balik laporan itu.

"Tarik balik..kita minta TMI tarik balik berita tersebut...tarik balik...tarik balik..tarik balik...," desaknya di dalam Dewan Muktamar.

Perwakilan yang hadir turut meluahkan rasa marah dan mengherdik wartawan TMI yang sedang membuat liputan sidang perbahasan berkenaan.

Keadaan kembali reda seketika kemudian selepas campurtangan Unit Amal lapor AntaraPos


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Org umno lama tauu dahh... msia insider penulis upahan zionis..

  2. Ucapan orang sakit...rasa diri hebat..orang umno satu ugama pon dianggap jadi musoh..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.