..

..

NAZRI AZIZ KECEWA PERTAHAN NAJIB DIKENAKAN AKTA HASUTAN

on Monday, June 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments




Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz berkata beliau bersedia untuk disiasat berhubung kenyataannya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ) dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis.

"Saya seorang yang berpegang pada undang-undang dan akan berdepan undang-undang.

"Setakat ini saya tidak dipanggil... belum dipanggil lagi," kata Nazri sepertimana dipetik daripada portalMalaysian Insider.

Nazri berkata kenyataannya mengingatkan TMJ agar tidak mencampuri urusan politik adalah demi mempertahankan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Namun beliau melahirkan rasa kecewa apabila tindakannya itu hanya mengundang siasatan daripada pihak berkuasa.

“Semua orang perlu tahu yang kerabat diraja lebih tinggi daripada politik dan tidak boleh didakwa di bawah Akta Hasutan.

“Apabila Tunku Mahkota Johor serang Najib, tiada apa boleh dilakukan terhadapnya kerana beliau dilindungi Akta Hasutan.

"Tetapi apabila saya pertahankan Najib, saya pula kena panggil. Sekarang kita tahulah, padangnya tidak sama rata,” katanya.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar pada Isnin dilaporkan akan memulakan siasatan ke atas Nazri di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan susulan kenyataan yang dibuatnya terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ).



8 Responses

  1. Anonymous says:

    TMJ serang atau memperingatkan...Melayu dah blh harap pada ahli politik....Sultan dan Raja benteng terakhir...

  2. Anonymous says:

    Apabila kebodohan dijadikan KPI utama untuk menjadi seorang Menteri...

  3. Anonymous says:

    Pege dah Nazri..hang ingat hang sorang keciwa...
    Rakyat yg undi Najib pun keciwa hang tau...

  4. Anonymous says:

    menteri patut baca balik rukun negara tu.....ni meteri makin xpahamlak....nak suruh rakyat ikut ckp meneteri aje.....ingat rakyat makin bodoh ke....rasanya menteri yg makin bodoh...pada aku TMJ hanya bagi pandangan aje...ni kalau org bagi pandangan pun dah x boleh...mcm mana nak jadi menteri

  5. Banyakkan bersabar datuk..bangsa cina india yg kutuk dan hina raja dan sultan melayu pun TMJ x der amik tindakan..agama islam yg dikutuk dan dihina pun dia tiada buat apa apa pun..senyap dan x berani bersuara

  6. Anonymous says:

    Dia beranggapan atau berkefahaman bahawa dia diatas dan Raja (termasuk anak Raja) dibawah. Dia terlupa mungkin kurang sedar bahawa Raja itu Big Boss dia yang dia merasakan dia boleh sewenang-wenangnya 'belasah'. Dia fikir PM lebih besar dari Raja. Mungkin dia tak faham apa itu Raja Berpelembagaan. Mungkin dia tidak faham bahawa Perlembagaan itu adalah milik dan kalam Raja2. Mungkin dia pun x faham bahawa parti politik dan ahli-ahlinya yang bernaung dalam parti itu sekadar sebuah entiti dibawah Akta yang dibuat dibawah Perlembagaan. Jika Raja mahu, bole saja dihapuskan Akta Pertubuhan. Dengan itu, parti itu termasuk ahli-ahlinya akan turut hapus. Harap jangan lah sampai begitu namun kenalah faham kedudukan rakyat/perkerja dengan Tuanku selaku Tuan Besar/ Yang diPertuan.

  7. Anonymous says:

    Pertahan tu tak salah tp jgn membabi buta kata org...dah mmg najib timbulkan kesangsian n keraguan org ramai dlm isu 1mdb so seluruh rakyat nak kan penjelasan..byk sgt fakta n penjelasan yg bercanggah wujud by menteri or ceo imdb tu...so bg lah penjelasan yg tuntas..itu saja yg rakyat nak tau...awat hutang 1mdb ni byk sangat...

  8. Anonymous says:

    Nazri x salah pertahan Najib cuma bahasa yg diguna tu agak kesat. Menuduh Najib seolah2 sengaja x datang kerana menyembunyikan segala2nya tentang 1MDB adah tidak wajar kerana telah banyak jawapan diberikan di media. Najib x datang sebab faktor keselamatan dan ini telah juga dilaporkan media, Tapi kenapa nak buat tuduhan negatif lagi dlm lmn. sosial?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.