..

..

NASIHAT TS ANUAR MUSA KEPADA AHLI PERJUANGKAN PENYATUAN PARTI BUKAN INDIVIDU

on Wednesday, June 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ahli Majlis Ter­tinggi UMNO, Tan Sri Annuar Musa dalam satu kenyataan semalam berkata, pergeseran pendapat yang berlaku antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tun Dr. Mahathir Mohamad ketika ini tidak perlu dibimbangkan kerana masih ada jalan penyelesaian untuk dua pemimpin itu membina kefahaman serta bersatu semula.

Menurut beliau, pada dasarnya perkara itu mungkin dilihat sebagai suatu kerugian terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN), namun hakkatnya ia merupakan asam garam dunia politik.

Malah, katanya, jalan terbaik untuk mengembalikan semula fungsi dan formula kekuatan UMNO ialah dengan memperjuangkan penyatuan parti dan bukan individu.

"Cabaran seorang Presiden di­serang bukanlah perkara baharu malah ketika zaman Dr. Mahathir memegang jawatan itu pun suatu ketika dahulu kejadian yang sama turut berlaku antaranya melibatkan Tun Musa Hitam, Tengku Razaleigh Hamzah dan Datuk Seri Anwar Ibrahim."

"Bagaimanapun, kita harus ingat bahawa kekuatan tidak akan bertambah sekiranya kita hanya mengikut individu dan bukannya berdiri tegak di belakang parti. Justeru, orang ramai jangan terlalu cepat menekan ‘butang panik’ hanya kerana terikut-ikut rentak musuh politik," katanya kepada media.

Dalam pada itu, Annuar yang juga Ahli Parlimen Ketereh itu memberitahu, beliau juga berhadapan perkara yang sama merasai kekeliruan sepertimana dialami orang Melayu ketika ini kerana turut ‘tersepit’ antara rasa hormat yang tinggi buat Dr. Mahathir dan kepentingan menjaga kepimpinan parti di bawah pimpinan Najib.

"Dalam politik, saya orang ‘ciptaan’ Dr. Mahathir, saya terhutang budi pada beliau, namun dalam menempuh keadaan semasa, saya perlu berada di belakang pimpinan Presiden sekarang ini."

"Bukan kita kurang menya­yangi Dr. Mahathir, tapi kita harus lebih sayang pada UMNO. Beliau juga yang mengajar saya men­genai formula kesetiaan pada parti ini ketika memegang jawatan Perdana Menteri," katanya.

Kebalakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilihat terus menyerang pemimpin nombor satu negara, Datuk Seri Najib Tun Razak khususnya berhubung 1MDB dan masa depan Barisan Nasional (BN) menjelang PRU14.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.