..

..

NAJIB DEDAHKAN TAK MAHU JADI PM MALAYSIA PROKSI TUN MAHATHIR !!

on Friday, June 12, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 11 Comments




APA YANG MENDORONG SERANGAN TUN MAHATHIR?
Ramai yang bertanya - apa yang mendorong Tun Mahathir menyerang Perdana Menteri?
Jawapannya adalah: beliau mahu saya meletakkan jawatan, sebagaimana beliau mahu Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan kerana saya menolak untuk melaksanakan tuntutan peribadinya.
2. Saya menolak kerana ia adalah tugas saya sebagai Perdana Menteri Malaysia yang dipilih secara demokratik untuk memimpin negara ini dan melakukan apa yang saya percaya adalah baik untuk negara ini, bukan untuk seorang individu. Saya tidak percaya yang rakyat mahu seorang mantan Perdana Menteri memerintah melalui proksi.
3. Tun mencetuskan krisis apabila beliau secara melulu mendakwa RM42 bilion hilang daripada 1MDB dan aset kewangan syarikat, bernilai kira-kira RM16 bilion, adalah tidak bernilai. Kenyataan-kenyataan tersebut adalah palsu dan menyebabkan suasana panik yang tidak sepatutnya.
4. Sekiranya Tun berpegang pada fakta dan menjelaskan bahawa RM42 bilion sebenarnya hutang, maka itu lain kisahnya. Ini adalah kerana syarikat biasanya harus mempunyai aset yang bernilai lebih tinggi sebagai cagaran terhadap hutangnya.Dalam kes 1MDB, hutang RM42 bilion disokong oleh RM51 bilion aset seperti yang dilaporkan dalam Penyata Kedudukan Kewangan 1MDB bagi 2014. Tetapi beliau memilih untuk tidak mengendahkannya.
5. Adalah salah bagi Tun membuat dakwaan palsu bahawa RM42 bilion, atau RM27 bilion selepas beliau mengubah angka itu, adalah "hilang". Selepas 1MDB mendedahkan di mana beradanya RM42 bilion itu, Tun kemudiannya berkata beberapa bilion pula telah hilang. Perubahan angka dan hujah-hujah ini mencetuskan keraguan yang serius terhadap tuntutan beliau. Disebabkan beliau merupakan bekas ketua kerajaan, sentimen pasaran dan rakyat telah dipengaruhi secara negatif.
6. Sebagai Perdana Menteri, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan bahawa semua entiti di bawah bidang kuasa kerajaan, bukan sahaja 1MDB, ditadbir dengan baik. Atas sebab inilah saya mengarahkan Ketua Audit Negara untuk menjalankan siasatan ke atas 1MDB, dan laporan itu kemudiannya akan diserahkan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC) yang dwipartisan untuk penelitian telus. Jika terdapat pihak yang terlibat dalam salah laku, saya akan memastikan undang-undang akan dikuatkuasakan tanpa pengecualian.
7. Jika Tun benar-benar mahukan jawapan kepada soalan-soalan yang telah dibangkitkan, beliau hanya perlu menunggu beberapa siasatan - oleh Ketua Audit Negara, Bank Negara dan PAC - untuk membuat kesimpulan. Bagaimanapun, beliau nampaknya tidak percaya kepada institusi-institusi dan pihak berkuasa yang sah, atau berminat dengan jawapan mereka.
8. Ini kerana serangan Tun ini pada hakikatnya tidak didorong oleh 1MDB - beliau hanya menggunakan syarikat itu sebagai alasan dan cuba menjatuhkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat. Jika 1MDB tidak pernah wujud, Tun akan mencari alasan lain.
9. Ia memalukan apabila Tun sekali lagi, telah berpaling menentang kepimpinan partinya sendiri. Serangan umum hanya akan merosakkan UMNO, kerajaan dan akhirnya Malaysia. Kelakuan tidak wajar ini akan menjadi catatan tambahan yang mencemarkan legasi beliau.
10. Tun mengatakan BN akan kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tetapi sejak bilakah seorang individu mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak yang mengundi? Pembangkang berada dalam keadaan huru-hara, dan memandangkan perpecahan dalam ideologi asas gabungan mereka, akan berlaku kelumpuhan negara jika mereka memegang tampuk pemerintahan. Jika Barisan Nasional kekal bersatu dan membuktikan diri sebagai pemerintah terbaik bagi tahun-tahun akan datang, saya percaya rakyat akan membuktikan bahawa Tun salah pada pilihan raya akan datang - selepas didedahkan bahawa dakwaannya itu adalah palsu dan didorong oleh kepentingan diri sendiri, bukan demi kepentingan Malaysia. –


11 Responses

  1. Anonymous says:

    Aku Percaya Tun, tak Percaya Najib. Cepat2lah berundur. Hidup makin susah.. Tol naik, barang naik..

  2. Anonymous says:

    Najib jangan cakap banyak. Tolong jelaskan apa jadi dengan duit rakyat RM42 billion.

  3. Anonymous says:

    Ha ha..klu UMNO x berupaya menurunkannya ....rakyat akan menurunkannya pada PRU14 secara demokratik sebagainya yang di hendak.

  4. Anonymous says:

    Tun lebih faham rakyat dari Najib. Kalau seseorang tu tak boleh kawal bini dia, macam mana dia nak kawal negara.

  5. Anonymous says:

    tun desak najib letak jawatan sebab najib telah terlanjur menjadi proksi barat dan boneka amerika hinggakan punahsiat perdana menteri malaysia pun ada omputih. najib dan anwar sudah lerlanjur menjadi proksi amerika di negara ini,.
    Majoriti rakyat Malaysia terutama orang melayu sudah hilang keyakinan dengan hala tuju dan jatidiri najib sebagai PM. Oleh itu, sewajarnya beliau berundur secara terhormat demi kedaulatan negara ini di masa hadapan.

  6. naper banyak retorinya...tolong arr...jgn berpolitik dalam nak memberi penjelasan...ko sbg orang no. satu dalam syarikat...tunjukkanlah integriti dan efisiensi yg ko cakap 2...cakap secara jelas....bukan retorik...bangang...

  7. Anonymous says:

    we the rakyat want an answer now............

  8. Anonymous says:

    tun M paling marah bila pm malaysia menjadi proksi amerika dan tunduk kpd segala kemahuan mereka. kes najib dengan anwar 97 sama saja..cuma point je yang berbeza atas kesalahan yang mereka lakukan..

  9. Anonymous says:

    Better Najib. If there is no quota system dulu, Mahathir dah lama kalah pemilihan UMNO. Pemilihan UMNO sekarang more transparent. Anybody can compete. Mahathir pun boleh masuk bertanding. Attacking via issues adalah taktik lapuk, tak ada kesan.

  10. Klu tidak kerana Tun berada selama 22 tahun sebagai bapa penunjuk arah dalam sebuah keluarga besar, sudah tentu masyarakat kita yg majoritinya melayu dinaungi pula oleh kerajaan bangsa Melayu tidak mendapat tempat di mata Dunia malah lebih teruk bangsa lain dalam negara sendiri pun tidak akan memandang sebelah mata kepada bangsa Melayu.

    Ini di sebabkan soal sikap dan sistem yg menjadi barah dalam masyarakat melayu.

    Umumnya kita tahu tentang sikap negatif telah tertanam sejak awal dalam diri bangsa di namakan Melayu seperti contoh; Hasad dengki, cepat nak kaya, tidak rational, tidak perihatin, tiada bertimbang rasa, tidak bersyukur, tiada keikhlasan, soal mudah tentang kebersihan, perkara remeh diperbesarkan.Banyak sebenarnya lagi sifat mundur yg ada dalam diri kita tidak membantu negara kita mencapai taraf negara maju.

    Kini setelah Tun tidak berada di saf depan, maka kita kembali kepada sifat atau sistem yg di praktik dan di naungi oleh golongan ini.

    Kita sebenarnya TIADA JATIDIRI. Pergilah ke Indonesia, Singapura atau Bangkok, Thailand. Indonesia walau rakyatnya miskin semangat kenegaraannya begitu tinggi.

    Singapura juga begitu, bahkan kalau kita ke Bangkok, semangat bertimbang rasa sesama rakyat dan kerajaan begitu ketara. Mereka berniaga di mana sahaja, dicelah lorong malah di mana sahaja ada ruang, pasti di guna sebaik mungkin. Kreativiti yg tinggi, rajin bekerja dan golongan muda tiada yg melepak. Walau sesak, kebersihan tetap di jaga.

    Kita sebenarnya tenggelam punca, masyarakat kita sekarang tanpa PEMBANGUNAN JATIDIRI. Tanpa asas ini, kita sedang melahirkan bangsa yg hypocrisy, malas dan sentiasa tidak berpuas hati kerana sikap yg di manjai ditanam sejak mula oleh keluarga dan kemudian di suburkan pula oleh kerajaan.

    Dari kecil, disusukan,sudah sekolah di subsidi, ke Universiti di PTPTN kan,habih belajar harap di gajikan, x cukup harap BRIM

    Sabarlah Tun, masih ada yg tidak akan lupa keringatmu memikirkan tentang MELAYU.

  11. Anonymous says:

    Najib lebih berjiwa rakyat dari Tun.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.