..

..

MP BN SOKONG SARANAN PM JAUHI SENGKETA DI BULAN RAMADHAN

on Sunday, June 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak agar persengketaan dijauhkan manakala perpaduan terus diperkukuhkan sempena bulan Ramadhan yang mulia mendapat sokongan padu ahli-ahli parlimen UMNO.
Mereka yang dihubungi BNBBC.my turut menuntut sebarang persengketaan dan perpecahan yang berlaku ketika ini agar segera dihentikan sekaligus mencari jalan bagaimana untuk menguatkan parti demi rakyat dan negara.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berpendapat bahawa persengketaan hanya akan membawa perpecahan dan derita.
Sehubungan itu, amat penting umat islam menggunakan kesempatan di bulan mulia ini sebagai titik mula untuk mengelak dari bersengketa.
datuk bung moktar radin
BUNG MOKTAR
“Persengketaan memang di tegah oleh Allah swt, sebab persengketaan akan membawa perpecahan,” kata Bung Moktar.
Ahli Parlimen Bagan Serai, Dr Noor Azmi Ghazali turut sependapat selain mahu perpaduan dalam parti diperteguhkan.
DR NOOR AZMI
“Sengketa itu permainan syaitan dan nafsu amarah, sebaiknya kita jauhkan kerana tiada manfaat yang boleh kita peroleh,” tegas Dr Azmi.



Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Nawawi Ahmad pula menyatakan bahawa seruan Perdana Menteri itu amat baik jika semua umat Islam tanpa mengira parti dapat berbaik-baik sempena bulan yang mulia ini.
Ahli Parlimen Langkawi, Datuk Ir Nawawi Ahmad
NAWAWI
“Tidak kira parti kita atau pihak lawan, kita seharusnya berbaik-baik sesama umat islam,” katanya sambil menambah bahawa bulan Ramadhan yang mulia ini harus dipenuhkan dengan kerja amal ibadah manakala perbalahan politik pula harus dihentikan.
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa menyatakan bahawa seruan Perdana Menteri itu bertepatan dengan ajaran islam sepertimana dianjurkan Rasulullah s.a.w kepada umatnya.
ANNUAR
“Marilah kita ambil peluang di bulan Ramadhan ini sama-sama kita hapuskan sengketa, rapatkan saf dan kuatkan perpaduan antara kita semua, baik dalam UMNO atau pun dengan parti lain,” tambahnya.
Suara pemimpin dalam kabinet juga menyatakan hal yang sama.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yakob juga bersetuju dengan pandangan Perdana Menteri.
Datuk Seri Ismail Sabri Yakob
ISMAIL SABRI
“Saya bersetuju, umat islam perlu bersatu dan pandangan itu amat tepat pada ketikanya dengan apa yang berlaku waktu ini,” katanya kepada BNBBC.my
Baginya, ajaran Islam itu sudah lengkap dan bukan sahaja menyuruh umat islam menjauhkan persengketaan malah merapatkan silatulrahim supaya lebih dekat dan kuat dalam mendepani cabaran.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.