..

..

MENTERI TEMPELAK TUDUHAN tAK BENAR LAPORAN THE AGE ISU BELI PANGSAPURI MELBOURNE @NajibRazak @dzainalabidin

on Monday, June 29, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments




Akhbar Australia The Age sebelum ini melaporkan seorang pegawai tinggi MARA, seorang pegawai kanan dan seorang bekas ahli politik didakwa membelanjakan jutaan ringgit dana kerajaan untuk membeli satu blok apartmen di Melbourne dalam penipuan hartanah.

Akhbar itu mendakwa "sekumpulan pegawai Malaysia yang amat kaya" terlebih bayar sebanyak A$4.75 juta (RM13.8 juta) bagi blok apartmen di bandaraya itu pada 2013.Seterusnya 

Sesuatu yang pasti siasatan akan dilakukan bagi mengenal pasti sejauh mana laporan yang disiarkan itu benar.

Sementara itu Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata blok pangsapuri di Melbourne, Australia yang dibeli Mara Incorporated Sdn. Bhd. pada 2013 tidak sahaja diperoleh pada harga yang jauh lebih rendah daripada nilai sebenar, malah turut mendatangkan keuntungan.

Apa yang dilaporkan akhbar Australia, The Age yang menjadi senjata pembangkang kini adalah tidak betul sama sekali dan penjelasan lengkap akan terus dibuat bagi memberi peluang kepada rakyat membuat penilaian. 

Menurut beliau, nilai sebenar blok pangsapuri itu ketika dinilaikan oleh badan antarabangsa sebelum pembelian dibuat dianggarkan bernilai sekitar AS$26 juta (RM75.2 juta) dan bukannya AS$17.8 juta (RM51.5 juta) seperti dilaporkan.

“Terkini saya difahamkan, nilai blok pangsapuri itu sudah meningkat kepada AS$27 juta (RM78 juta). 

“Tambahan pula blok pangsapuri itu disewakan kepada 60 peratus pelajar asing dan 40 peratus pelajar kita. Jadi, sudah tentu ada keuntungan bagi pihak Mara,” katanya kepada pemberita hari ini. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan elaun kepada Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) beberapa buah kampung di Sekolah Kebangsaan Simpor, Tikam Batu di sini. 

Hadir sama Ahli Dewan Negara, Senator Shahanim Mohd. Yusof; Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan negeri, Datuk Mohd. Tajudin Abdullah serta Ketua UMNO Bahagian Sungai Petani, Datuk Abdul Rahim Saad. 

Menjelaskan rasional pembe­lian blok pangsapuri berkenaan, Mohd. Shafie berkata, tindakan itu setidak-tidaknya dapat membantu para pelajar Malaysia untuk tinggal di kediaman terjamin selamat dan selesa daripada menyewa di tempat lain yang belum pasti keadaannya. 

“Lagi pula bangunan itu sudah menjadi milik kita sendiri dan tidak perlu untuk kita membayar sewa secara tahunan. Tidakkah perkara itu baik untuk kita?” soalnya. 

Tambahnya, sebaik sahaja mengetahui mengenai isu dibangkitkan itu, beliau telah memaklumkan perkara tersebut kepada Perdana Menteri selain mengarahkan Mara untuk mempelawa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) serta agensi berkaitan bagi menjalankan siasatan. 

“Kita hanya ada satu dokumen perjanjian pembelian. Semuanya tertera di situ dan saya yakin kita tidak perlu gentar jika apa yang ada dalam dokumen itu membawa kepada kebenaran,” katanya.

Mengenai putar-belit pihak tertentu yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dalam isu itu, beliau lantas menafikannya. 

“Perdana Menteri adalah pengerusi Majlis ekonomi yang melibatkan banyak menteri lain seperti Datuk Seri Idris Jala dan Datuk Seri Wahid Omar selain Bank Negara. Persetujuan dibuat oleh banyak pihak dan melalui pelbagai peringkat. 

“Secara keseluruhannya proses tersebut melibatkan penelitian terperinci dan kita memenuhi semua peraturan,” ujarnya


4 Responses

  1. Sprm high team should fly to Melbourne and investigate the Age for malicious reporting..

  2. aku says:

    tempelak tu apa ye? cakap sambil main sorok2 ke?

  3. Anonymous says:

    Penelitian atas mata kamu bukan mata rakyat. Rakyat masih percaya pembelian itu ada unsur2 tak amanah.

  4. Anonymous says:

    Apa fasal pembangkang sibuk nak dedahkan hal syarikat bumiputera dan glcs ni? busuk hati ke? dan tuduhan tu pula akhirnya terbukti salah. Kenapa pihak yang dituduh tak saman je pihak penfitnah ni. Muak dengar fitnah bepanjangan.
    Atau agaknya diaorang ni nak tau rahsia syarikat ni semua. Sbb bila difitnah, kerajaan akan memebri data2 tertentu. Dapat la mereka mencungkil rahsia syarikat/glc tsb. Mungkin mereka ada agenda tersembunyi nak tau kekuatan ekonomi bumis keseluruhannya.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.