..

..

MAT SABU TUDUH MEDIA UMNO BANTU PRO ULAMA MENANG PEMILIHAN PAS

on Sunday, June 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments





Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa kumpulan pro-ulama PAS mendapat 'bantuan' UMNO untuk memenangi pemilihan pimpinan parti Islam itu baru-baru ini.

Dalam temu bualnya bersamaMalaysiakini, Mohamad yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata media yang dikuasai UMNO bertungkus lumus berkempen untuk kepimpinan barisan ulama.

"Semua agensi media pro-UMNO seperti Utusan Malaysia, TV3 dan Bernama memberi keutamaan laporan kepada golongan ulama menjelang pemilihan parti.

"Ini jelas menunjukkan pusat strategi Umno terlibat secara aktif dalam pemilihan PAS," Mohamad dipetik sebagai berkata olehMalaysiakini.

Dalam pemilihan pimpinan PAS awal bulan lalu, kumpulan pro-ulama menyapu bersih jawatan dalam PAS Pusat, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat manakala calon Dewan Ulama dimenangi tanpa bertanding.

Mohamad dan pemimpin PAS yang selama ini dilihat ke depan dalam memperjuangkan isu rakyat tewas pada pemilihan baru-baru ini.

Pemimpin progresif dalam PAS dianggap tidak setia kepada presiden parti Islam itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan dilabelkan sebagai 'budak DAP'.

Hanya Mazlan Aliman, calon yang tidak tersenarai dalam 'cai' pro-ulama itu, memenangi jawatan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat.

Mazlan bagaimanapun mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan yang dimenanginya kira-kira seminggu selepas Muktamar PAS ke-61 itu berakhir.


** Sejak bila orang PAS percaya media pro UMNO ??  Perwakilan PAS undi pro ulama sebab terpengaruh media pro UMNO ke ?? Haha ...

media pro PR seperti Malaysiakini yang membuat undian kemenangan Mat Sabu dan Ahmad Awang itu apa kurangnya ??



9 Responses

  1. Anonymous says:

    Dah kalah tu sudahlah. UMNO x de kena mengena pun.

  2. Anonymous says:

    Sudah2lah mat..mcm kena syabu pulak. Pemilihan akan datang cuba lg kot2 boleh menang..

  3. Anonymous says:

    Oleh kerana Melayu lemah, DAP sudah berani bertapak ke Kelantan. DAP dah berani bersuara tentang Hukum Hudud. Nanti lama-kelamaan DAP boleh bula cawangan di Kelantan

  4. Anonymous says:

    Mat Bu tercekik bulu akan salahkan orang lain UMNO ditalanya. Hebat UMNO ni rupanya. Pemilihan kepimpinan PAS rupanya UMNO yg aturkan strategi. Timb Pres PAS tu mesra UMNO ke? Bodohnya Mat Bu.

  5. Anonymous says:

    Dah kalah tu kalah laa...

    Tu laa akibatnya mat sabu sokong komunis dan angkat komunis jd pejuang negara... dlm kes bkt kepung....

    Kamu di sumpah oleh org bkt kepung.... sbb tu jd babi tonyok skrg....

  6. Anonymous says:

    Mat Sabu dan geng berharap Harakah dapat monopoly minda Ahli Pas untuk memenangkan org Anwarinas dan Matt Sabu as Syiah... Rupanya media luar dan perdana memberi liputan dan pendedahan yg jitu dgn tembelang Mat SAbu dan geng memperkecilkan Ulama Pas secara keras..telah berjaya membuat ahli ahli Pas tersedar dari sihir politik syiah dan Anwarinas... maka mereka bangkit dan nyahkan gulongan parasite ini dari kepimpinan Parti... Kini Mat Sabu bersyair sedih macam syiah bersyair krabala... Jgn layan ... Ayoh terus nyahkan dia dari persenda Politik Malaysia... Dap pun tengah runsing masa depan kuda kuda katik mereka yg banyak menghabiskan beras tapi tak bolih pecut... nanti baru mereka sedar rupanya ...kuda kepang saja... Dap kena tipu bulat bulat..

  7. Anonymous says:

    Ngok Mat Bu ni. Kau kalah kpd Tn Ibrahim. Dia tu mesra UMNO ke? Setahu aku Tn Ibrahim ni anti UMNO sejak azali lagi dan sombong teramat kat musuh politik. Kau tertelan bulu pun salahkan orang lain.

  8. Anonymous says:

    Mat sabun syiah tengsh meroyan ...sebab kalah meroyan pasal tuan yg sponsor dan gajikan beliau iaitu DAP sedang meracau2 strategi tak menjadi...utk hilangkan tension maka semua dimaki hamun....dengan harapan tuan beliau tak meracau ssgt.....

  9. Anonymous says:

    Mat Sabu memang tak layak untuk menjadi Timbalan Preseden Pas, Memang patut dia kalah, semasa dia menang mengalahkan Nasarudin Mat Isa, dia tak kata pun yang media UMNO membantunya. Piliharan raya Umum pun kalah, dimana yang hebatnya. Saya tak suka dengan cara Mat Sabu. Boleh merosakan jika beliau menjadi Pemerintah..Kalau nak kondemkan orang lain..memang lah beliau yang paling hebat.......

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.