..

..

LAPORAN POLIS UNTUK LAGI PENGHINAAN PEMIMPIN PKR ERIC PAULSEN

on Tuesday, June 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Laporan Polis ke atas penghinaan Eric Paulsen dari PKR

Saya telah buat satu laporan Polis terhadap seorang individu bernama Eric Paulsen pada 9 Jun 2015 di IPD Shah Alam berikutan dua tweetnya. Satu dikeluarkan pada 6 Jun, dan satu lagi pada 8 Jun 2015

Yang pertama:
"Ni 2 x 5 dengan kit anti histeria Uni Msia Pahang"
Tweet Eric ini respon kepada tweet Astro Awani berbunyi:
"Air zam-zam, habatus sauda mampu bantu merawat ketagihan dadah"
Yang kedua:
"Oh dear, under siege, can't answer for 1MBD disaster - cabut to do umrah. Alim lah konon."


Jelas sekali dua kenyataan Eric Paulsen ini bersifat menghina dan berniat jahat.

1. Dia menyamakan Air zam-zam iaitu air suci umat Islam dengan Kit Anti Histeria yang dibuat pihak Universiti Malaysia Pahang.
Penghinaan seperti ini boleh mewujudkan ketegangan agama.
Berikutan tweet kedua Eric tentang Perdana Menteri.
2. Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak ke Jeddah atas urusan negara dan berkesempatan menunaikan Umrah,tetapi kata Eric Perdana Menteri lari kerana takut kes 1MDB dan buat Umrah kononnya nak tunjuk alim.
Eric cuba memberi tanggapan buruk dan menanam kebencian pembaca terhadap perdana menteri yang kononnya Ds Najib Razak lari dari tanggungjawab isu 1MDB dan berselindung disebalik aktiviti agama dengan melakukan umrah.
Kedua-dua tweets Eric itu menghina agama Islam, menghina Perdana Menteri Dato' Sri Najib Razak dan boleh membangkitkan ketegangan agama apabila umat Islam merasa marah.
Mohon Pihak Polis siasat dan ambil tindakan tegas agar perkara seperti ini tidak menjadi kebiasaan dan bahan mainan.
Sekian Terima Kasih.
ZAPARUDIN
(Pengerusi Pemantau Media Sosial Pasukan SEMUT MALAYSIA)
(SEMUT: SENSIBLE, ETHICAL MALAYSIAN UNITED TEAM)


One Response

  1. maae says:

    Fitnah besat dajjal.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.