..

..

DULU TAK PERCAYA MEDIA ASING , SEKARANG PAKAI SEMATA-MATA NAK JATUHKAN PM

on Sunday, June 21, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




TINDAKAN Tun Dr. Mahathir memburuk-burukkan pemimpin dan negara ini kepada media asing, tidak mengejutkan.  Dari sejarahnya, semua yang menentang kerajaan memang begitu perangainya – agak-agak nak kalah, cari media asing.

Cuma dalam kes Tun Mahathir ini, ia agak ironi kerana ketika zamannya, malah dalam beberapa hal seperti misteri kehilangan MH370 tak berapa lama sebelum ini, Tun Mahathir meminta rakyat Malaysia tidak percaya dengan laporan media asing.

Hari ini dia pulak buat benda sama.

Memang Tun Mahathir boleh berkata dia tidak memburukkan negara ini tapi hanya Perdana Menteri, tapi jangan lupa, yang dulu pun (ketika zaman beliau menjadi Perdana Menteri), media asing banyak memburukkan beliau, bukan negara ini pun.

Pun begitu, rakyat jangan menyalahkan Tun Mahathir.  Beliau memang macam itu dari dulu, marah nyamuk bakar kelambu.  UMNO pun pernah dipastikan terus haram, krisis dengan badan kehakiman diwujudkan, demi memastikan kuasanya tidak diganggu.  Ini memang style Tun Mahathir bila egonya tercabar.

Inilah harga yang terpaksa dibayar rakyat Malaysia bila Datuk Seri Najib Tun Razak enggan menjadi budak suruhannya.  Dalam hal ini, rakyat perlu memikirkan mana satu musibah paling besar – Tun Mahathir memburukkan negara melalui media asing atau ada Perdana Menteri, tapi menjadi budak suruhan Tun Mahathir?

Penulis cenderung kepada pilihan kedua, terima kasih kepada Tun Mahathir kerana 22 tahun mengajar rakyat agar tidak terpengaruh dengan media asing.  Sampai hari ini, dek kerana pendoktrinan bertahun-tahun macam itu, rakyat masih tidak begitu terpengaruh dengan media asing, termasuk bila yang mengadu tu ialah Tun Mahathir sendiri.

Terima kasih Tun 





Tun M korban prinsip semata-mata agenda jatuhkan Najib - Shahrir

KUALA LUMPUR -   Tan Sri Shahrir Abdul Samad menyifatkan amat malang kerana Tun Dr Mahathir Mohamad sanggup mengorbankan prinsipnya semata-mata kerana agenda mahu menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ini termasuk mula menggunakan media asing untuk memburuk-burukkan Najib dan UMNO sedangkan dahulu Tun Mahathir cukup menentang media asing.
Tan sri dan mahathirPengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) itu berkata, tindakan Tun Mahathir ketika ini bertentangan dengan apa yang dipertahankan di zaman pemerintahannya dahulu.
Beliau mengulas wawancara mantan perdana meteri itu dengan The New York Times (NYT) yang terus mengkritik Najib, 1MDB malah menyifatkan UMNO semakin lemah dan Barisan Nasional (BN) bakal kalah pada PRU akan datang.
“Saya tidak terperanjat dengan serangan Tun Mahathir sebab UMNO sebenarnya semakin kuat apabila menambah kerusi parlimen daripada 80 kepada 88 kerusi pada PRU 13,”.
“Dia (Tun Mahathir) juga sudah serang UMNO ketika itu. Jika kita lihat UMNO semakin kuat dengan ramai muka baru golongan profesional, peguam dan doktor diberikan peluang dalam parti dan jadi ahli parlimen ketika ini,” ujarnya kepada BNBBC.my
Bagi Shahrir, dakwaan Tun Mahathir tidak tepat kerana UMNO bukan bertambah runcing, rosak seperti didakwa sebaliknya proses peremajaan parti dengan memberikan peluang golongan muda serta cerdik tampil ke depan.
Shahrir yang juga Ahli Parlimen Johor Bharu menyatakan kecewanya kerana Tun Mahathir sanggup mengorbankan prinsip kerana agenda dan matlamat mahu menjatuhkan Najib.
“Prinsipnya dahulu, beliau ketepikan. Dulu, beliau seru pertahankan parti ..jangan berpecah. Jangan percaya media asing, tetapi sekarang dia sendiri gunakan New York Times,” jelasnya


7 Responses

  1. Anonymous says:

    artikel mcm ni la yg menyebabkan umno lebih kecundang, tsasar jauh dan terus dihina..

    patut la DAP makin galak membuli umno..

    contoh jelas, lihat sahaja lah apa yg tlh tjadi kpd umno pulau pinang.. sebab apa? sebab pemimpin atasan umno kini beretorik tinggi.. sehinggakan mereka tdk lagi dihormati, disegani dan digeruni oleh pihak lawan mahupun kawan sendiri..

    dan menjadi lebih malang lg apabila retorik mereka disahut dgn galak nya oleh blogger dgn penulisan seperti ini..

    kami rakyat yg sentiasa memerhati semakin meluat dgn situasi masa kini.. entah bila la kamu semua nak mengerti?



  2. Mahathir baguslaa sanggup mengadaikan prinsip bila negara terancam.jgn kerana prinsip sanggup menghalalkan semua.

    Masih sokong mahathir

  3. Anonymous says:

    Mana lebuh bahaya..gadai prinsip untuk membetulkan keadaan atau masa depan generasi kita tergadai..

  4. Anonymous says:

    Najib memusnahkan UMNO. Persepsi dikalangan Rakyat (bukan UMNO), imej Najib sudah hancur.

    Lihat di Pulau Pinang, satu lambang yang gah iaitu UMNO dengan senangnya DAP pijak-pijak. Najib dan pemuda UMNO ada berani lawan?

    Harapan Rakyat pada UMNO sudah lenyap. Rasa nak beralih angin pada PRU14 nanti.

  5. Anonymous says:

    Makin ramai blogger macam GPB, MMI, Idealis dll ni, agaknya, bangunan PWTC pun mungkin akan dirobohkan oleh cina dapigs.... sokong membawa rebah!!

  6. Anonymous says:

    Perjuangan apakah ini?

  7. Anonymous says:

    dah nyanyok teruk orang tua tu.. meroyan tak habis-habis.. inilah sindrom orang yang kechewa

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.