..

..

BILA TUN M TUDUH BEKAS AGONG PUNCA TUN SALLEH ABAS DIPECAT ??

on Monday, June 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Dua anakanda Almarhum Yang Di Pertuan Agong Sultan Iskandar Ismail (Johor), Tunku Abdul Majid Idris Iskandar dan Tunku Azizah Sultan Iskandar melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Tun Mahathir Mohamad bahawa beliau terpaksa mencari jalan memecat Tun Salleh Abbas atas permintaan almarhum.
tunkuMajid
Tunku Majid dalam akaun Facebooknya menyatakan Mahathir menggunakan Almarhum ayahandanya untuk menyingkirkan Tun Salleh Abbas bukan sebaliknya seperti yang didakwa.

Ayah saya tahu Tun Salleh Abbas seorang yang baik. Baginda telah berbaik dengan Tun Salleh. Mahathir tolong jangan salahkan seseorang yang tidak dapat mempertahankan diri.”
Sementara itu, seorang lagi anak almarhum Sultan Iskandar,  Tunku Azizah, pada masa pemecatan Tun Salleh Abbas, pengubahsuaian yang besar berlaku ialah pembinaan apartment Conlay Court yang berdekatan dengan kediaman Ketua Hakim Negara. Bunyi bising pembinaan tersebut turut sampai ke Istana Johor.
Bagaimanapun anakanda Sultan Iskandar, Tunku Majid menyatakan pemecatan Ketua Hakim Negara tiada kena mengena langsung dengan isu bising pengubahsuaian.
Malah berdasarkan  dialog kedua beradik ini dalam akaun Facebook yang terhad kepada rangkaian keluarga, ia memberi gambaran hubungan Tun Salleh Abbas dan Sultan Iskandar tidak pernah bergeser kerana soal peribadi seperti itu. -mykmu.net- 
tengku-Azizah


One Response

  1. Anonymous says:

    Kami rakyat Johor kenal dengan Sultan kami. Almarhum Tuanku Sultan Johor seorang yang amat prihatin dalam banyak perkara. Amat lah mendukacitakan apabila melihat kenyataan yang menghina Almarhum Tuanku,

    Keperihatinan nya Almarhum Tuanku kepada rakyat menyebabkan apa jua kritikan terhadap insitusi Raja Johor hanya akan membangkitkan kemarahan rakyat Johor.

    Raja Johor Raja Berdaulat.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.