..

..

ANAK NIK AZIZ DITUDUH PEMIKIRAN KOLOT DAN LOW STANDARD OLEH WANITA DAP

on Monday, June 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz dituduh sebagai seorang yang mempunyai pemikiran kolot serta bermartabat rendah oleh Ahli Parlimen DAP Batu Kawan, Kasthuri Patto.

Anak kepada Allahyarham Nik Aziz itu dikecam oleh Wanita DAP kerana kenyataan beliau sebelum ini yang mendakwa DAP adalah parti pengecut dan parti perempuan. 

"Kenyataan (Nik Abduh) yang telah dibuat dengan niat dan sangkaan buruk terhadap kaum wanita  mencerminkan perwatakan Nik Abduh sebagai seorang yang kuno pemikiran tetapi  perangainya yang kononnya berdarah pahlawan langsung tak tertonjol berdasarkan  gaya hujahnya yang “low-standard” sehingga akhirnya mengheret keperibadian wanita  apabila kehausan peluru.." kata Wanita DAP berkenaan.

Sebelum ini, Nik Abduh mengeluarkan kenyataan demikian kerana menyindir DAP yang masih berdolak dalik tentang hubungan mereka dengan PAS didalam Pakatan Rakyat. DAP juga dikecam oleh Nik Abduh kerana tidak berani membuat keputusan dihadapan umum.

Nik Abduh yang baru memenangi jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS, dilihat sebagai pemimpin yang pro ulamak dan sangat tegas didalam hal perjuangan parti beliau.

Dengan tuduhan terbaru dari Wanita DAP kepada Ketua Dewan Pemuda PAS ini, apakah Pemuda PAS akan berdiam diri dan tunduk lagi kepada DAP seperti sebelum ini? Atau beranikah Pemuda-pemuda PAS bangun mempertahankan Ketua mereka dari kutukan tak bermoral kaum kafir didalam negara? - Utaranews.com


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.