..

..

AHLI PAS TAK WALA KEPADA PEMIMPIN PERLU KELUAR DARI PARTI - PERWAKILAN P.PINANG

on Wednesday, June 3, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Wakil Dewan Ulama Pulau Pinang, Muhammad Hanif Harun mencadangkan supaya ahli Pas yang wala kepada parti dan pemimpin lain agar keluar dari parti berkenaan.

Beliau mendakwa, ada juga di kalangan pemimpin Pas yang menolak prinsip Islam yang dibawa oleh parti itu sendiri.

"Perkara ini jelas apabila kita bawa isu hudud dan isu berkaitan prinsip ada dalam kalangan pemimpin kita tidak setuju.

"Ini adalah salah satu perkara yang dilihat lemah dalam kepimpinan kita terutama dalam memahami prinsip yang telah diperkenalkan oleh Pas," katanya ketika membahaskan ucapan dasar Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed, hari ini.

Beliau berkata, tahaluf siyasi wajar dikaji dan dinilai semula disebabkan oleh beberapa permasalahan yang berlaku.

"Saya rasa perwakilan hari ini menantikan perbincangan mengenai tahaluf siyasi kerana beberapa siri konflik yang berlaku.

"Kami (Pas) Pulau Pinang ada pengalaman tersendiri untuk dikongsikan kerana sebagai sebuah negeri yang diperintah oleh PR, DAP dan PKR tetapi Pas disisihkan," katanya.

Beliau berkata,  tahaluf siyasi sepatutnya difahami dengan kerjasama antara dengan parti lain dalam keadaan tidak menggadaikan prinsip parti itu sendiri

Dalam pada itu beliau turut menggesa  Angkatan Muda keadilan (AMK) menarik balik tuduhan mereka terhadap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Kita tidak pernah sentuh batang tubuh ketua mereka. Bila kita suruh minta maaf kepada tuan guru presiden (Abdul Hadi) mereka cakap sudah minta maaf.

"Mana boleh minta maaf belakang-belakang. Sudah malukan orang di khalayak ramai, sepatutnya mereka memohon maaf secara terbuka," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.