..

..

#1MDB : PENANGKAPAN JUSTO BUKA MATA PENDEDAHAN SARAWAK REPORT PLOT JATUHKAN NAJIB

on Friday, June 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





PENANGKAPAN warga Switzerland yang juga bekas pegawai PetroSaudi International Ltd., Xavier Andre Justo Isnin lalu atas tuduhan me­meras ugut syarikat berkenaan berhubung maklumat berkaitan 1MDB, membuka mata banyak pihak.

Penahanan Justo sekali gus menghapuskan syak wasangka umum terhadap imej syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), termasuklah nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang diheret sama dalam isu 1MDB.

Menurut sumber kepada Utusan Malaysia, pihak berkuasa Thailand yang menahan Justo di Koh Samui atas cubaan untuk memeras ugut syarikat itu menyatakan ia merupakan sebahagian plot untuk menjatuhkan Najib.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa e-mel dan dokumen disiarkan di blog bermotif politik, Sarawak Report, sehingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.

“(Dengan penangkapan Justo) semua pengkritik yang membuat tuduhan tidak berasas terhadap Perdana Menteri dan 1MDB kini perlu menarik balik kenyataan mereka dan meminta maaf kerana tidak mengesahkan maklumat yang diperoleh daripada Sarawak Report.

“Ini berdasarkan laporan NST (News Straits Times) bahawa beberapa e-mel dan dokumen yang disiarkan di blog terbabit didapati telah diubah sehingga ketepatan dakwaan itu boleh dipersoalkan,” menurut sumber itu lagi.
Akibat daripada itu, jumlah kerosakan terhadap prestij, reputasi dan imej antarabangsa ke atas negara ini, Perdana Menteri, ekonomi serta semua individu dan organisasi yang dituduh dalam plot ini, amat besar.

“Maka, tindakan harus diambil terhadap semua individu, agensi media, wartawan yang telah menyebabkan kerosakan ini kerana laporan tidak bertanggungjawab mereka.

“Mana-mana individu yang menganggap sebarang maklumat dalam laman sosial adalah benar, jelas menunjukkan mereka mempunyai pemikiran tidak rasional.




“Wartawan yang mengulas artikel itu dengan menuduh kerajaan tanpa meneliti kesahihan dokumen yang telah diambil daripada Sarawak Report, disifatkan sebagai satu penghinaan pada dunia media.

“Sepatutnya, ia tidak mengambil masa yang lama untuk meneliti semula dokumen atau mendapatkan kesahihan terhadap dakwaan itu dengan hanya menghubungi pihak berkaitan,” menurut sumber itu.

Kes melibatkan Justo menunjukkan mana-mana kerajaan termasuk Malaysia akan terus berdepan kritikan yang berpunca daripada penyiaran berita secara online yang tidak betul.

Dalam kes Justo, apa yang bermula sebagai berita mudah untuk kepentingan peribadi oleh seorang bekas pekerja, melarat menjadi dakwaan bermotif politik menerusi blog yang tidak bertanggungjawab.

Moralnya – Sebarang maklumat yang disiarkan di Internet perlu ditapis, perlu dianggap tidak selamat dan tidak tepat untuk dijadikan rumusan oleh mana-mana pihak.

Kata sumber itu lagi:

“Beberapa bulan sebelum tangkapan (Justo) itu, siasatan telah dijalankan dan penemuan itu me­nunjukkan memang terdapat percanggahan.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu berkongsi penemuan siasatan itu kerana berpendapat tidak kira apa pun, majoriti rakyat Malaysia telah pun memilih untuk percaya pada bukti yang tidak sah serta menyokong usaha bekas Perdana Menteri untuk menggulingkan Perdana Menteri ketika ini.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.