..

..

1MDB : Hishamuddin & maksud disebalik 3 syarat

on Monday, June 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



Isu 1MDB terus bikin panas apabila tweet Menteri Pertahan DS Hishamuddin Tun Hussein yang menjawab gesaan PM agar sesiapa anggota Kabinet tidak bersama pulih 1MDB digesa letak jawatan .

Beliau tweet mengenai persetujuan dengan gesaan PM   itu tetapi dengan bersyarat. Ini kerana sebelum ini  pelbagai pihak mendesak anggota kabinet  menyatakan pendirian mereka samada bersama menyokong PM atau tidak . 

Kalau nak letak jawatan pastinya perlu ada sebab yang munasabah bukannya letak jawatan begitu saja. 

Apa maksud Hishamuddin  disebalik 3  syarat itu ??

Menurut Naib Presiden UMNO itu , 3 syarat perlu dipatuhi agar setiap usaha yang dilakukan itu benar-benar dapat memberikan kebaikan kepada semua pihak.

PERTAMA - RASIONALISASI bermaksud 1MDB perlu benar-benar mempunyai perancangan dan pelan perniagaannya agar dapat memberikan pulangan serta keuntungan kepada negara dan dalam masa yang sama memperbaiki keadaan dan sebarang kesilapan mahupun kelemahan yang ada.

KEDUA - AKAUNTIBILITI bagi pihak yang bersalah bermaksud usaha perlu dilakukan untuk memastikan 1MDB mendapat kepercayaan rakyat malah 1MDB juga perlu mempunyai pasukan urus tadbir yang baik dan amanah.Selain daripada itu mengambil tindakan dan mendakwa mana-mana pihak yang melakukan atau didapati bersalah dalam 1MDB.

KETIGA - TRANSPARENSI dalam semua hal berkaitan perkara 1 dan 2 di atas.


GPB berpandangan maksud beliau ialah pelan pemulihan  1MDB perlu dilakukan dengan serius yang memberi keuntungan serta  urus tadbir pengurusan  syarikat lebih baik , cekap dan amanah . 

Selain itu , tindakan terhadap individu -individu yang melakukan penyelewengan ini perlu bagi membersihkan  imej  1MDB , kerajaan dan parti .  


Jadi di sini , seseorang dalam 1MDB perlu dikenakan tindakan & tidak boleh terlepas   !!



Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein hari ini bersetuju dengan gesaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengannya dalam usaha pemulihan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) supaya  meletakkan jawatan.


Hishamuddin bagaimanapun dalam satu tweet berbalas kepada akaun Twitter Astro AWANI pada hari ini berkata, persetujuan kepada gesaan perletakan jawatan bagi ahli-ahli Kabinet itu adalah dengan bersyarat.

Antara syarat beliau adalah syarikat pelaburan milik Kementerian Kewangan perlu dirasionalisasikan dan perlu ada akauntabiliti jika terdapat apa-apa salah laku.

Selain itu, beliau juga berkata perlu ada ketelusan dalam proses rasionalisasi dan akauntabiliti syarikat 1MDB itu.


Sebelum ini dalam satu akhbar tempatan melaporkan Najib meminta mana-mana anggota Kabinet yang tidak bersama dengan beliau dalam isu 1MDB untuk meletakkan jawatan.



Menurut akhbar tersebut, kenyataan Najib itu dibuat semasa mesyuarat Kabinet Jumaat lalu selepas Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah selesai membentangkan pelan hala tuju 1MDB kepada semua anggota Kabinet.

Dalam pembentangan itu, Husni memaklumkan International Petroleum Investment Company (IPIC) akanmemperuntukkan sebanyak AS$1 bilion (RM3.66 bilion) kepada 1MDBbagi tujuan melangsaikan hutang berjumlah AS$975 juta (RM3.57 bilion) kepada sindiket peminjam bank antarabangsa.

Menurut beliau, 1MDB memeterai satu perjanjian ikatan dengan IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments di mana IPIC akan membuat bayaran tersebut kepada 1MDB pada atau sebelum 4 Jun 2015.

Terdahulu, Ahli veteran UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah minggu lalu juga berpendapat  seluruh anggota Kabinet seharusnyamemikul tanggungjawab bersama dalam berhadapan isu 1MDBdan tidak membiarkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak menghadapinya secara berseorangan.



2 Responses

  1. Anonymous says:

    muhyiddin, khairy..shafie..

    BILA KAMU NAK L;ETAK JAWATAN???

    MALU LAH KENA CABAR TAK LETAK JAWATAN...

    BERKOKOK SEBELUM INI MACAM HERO, LAA NIE.. LETAK JAWATAN LAH

    ITU PON KALAU ADA TELOR... APA ADA BERANI KER?

  2. Anonymous says:

    Yang bos diorang si lanun bugis tu pulsk macam mana? Ada telor ke nak letak jawatan????

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.