..

..

#1MDB: DALANG BOCOR MAKLUMAT SARAWAK REPORT PEMERAS UGUT PETROSAUDI DITANGKAP

on Wednesday, June 24, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Checkmate !!   Dalang pembocor maklumat dokumen Petro Saudi kepada Sarawak Report telah ditangkap oleh POLIS Thailand kerana melarikan diri ke negara terbabit .

Lebih mengejutkan , selain memeras ugut Petro Saudi  malah dia juga terlibat sebagai orang dalam pendedahan Sarawak Report yang disahkan banyak menokok tambah dalam melakukan tuduhan  bermotifkan politik kepada 1MDB .

Jelas ini membuktikan tuduhan Sarawak Report yang dikutip dan dituduh  portal pembangkang , Rafizi dan juga Tun M kepada 1MDB dan PM menimbulkan keraguan  !!



BANGKOK: Polis Thailand menahan seorang bekas pegawai PetroSaudi International Ltd dan mendakwanya atas tuduhan cuba memeras ugut syarikat berkenaan, lapor media Thailand.
Ketua Polis Thailand, Jeneral Somyot Pumpunmuang, berkata polis Bahagian Pencegahan Jenayah menahan warga Switzerland, Xavier Andre Justo, susulan waran tangkap yang dikeluarkan Mahkamah Jenayah Selatan Thailand.
Polis turut menggeledah kediamannya dan merampas sebuah komputer serta beberapa peralatan lain yang dipercayai digunakan dalam jenayah itu. Menurut polis, Justo adalah seorang eksekutif di PetroSaudi sebelum melarikan diri ke Thailand.

Syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab Saudi itu, terkenal di Malaysia berikutan kerjasama yang pernah dijalin dengan syarikat dana pelaburan strategik, 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Dua tahun selepas dipecat daripada syarikat, Justo dikatakan cuba memeras ugut PetroSaudi sehingga 2.5 juta Swiss Francs (RM10 juta).

Dia mengancam akan mendedahkan maklumat sulit perniagaan yang didakwa dicurinya daripada syarikat itu jika permintaannya tidak dipenuhi.

Berikutan cubaan peras ugut itu, beberapa emel dan dokumen disiarkan oleh Sarawak Report, sebuah blog bermotifkan politik, hingga mencetuskan pelbagai tuduhan terhadap 1MDB.
Difahamkan, sebahagian daripada emel dan dokumen yang disiarkan dalam blog itu sudah ditokok-tambah, sekali gus menimbulkan keraguan terhadap kesahihan tuduhan berkenaan.


Sementara itu, PetroSaudi dalam kenyataan yang dikeluarkan di Riyadh, menyambut baik penahanan Justo dan akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa Thailand.
Selain itu, PetroSaudi mempertimbangkan tindakan undang-undang sewajarnya. “Kami lega Justo akan berdepan tindakan mahkamah. Kami menjadi mangsa jenayah dan lebih mendukacitakan, ia dipolitikkan di Malaysia.
“Kami gembira kerana dapat memperbetulkan keadaan dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia atas segala kesulitan berikutan tindakan tidak bertanggungjawab bekas kakitangan kami,” katanya.


4 Responses

  1. Anonymous says:

    Ambil tindakan terhadap yg buat Fitnah...cakap jangan ikut sedap mulut je...biar tahu api tu panas ke tak!

  2. Anonymous says:

    PSI bayar XAJ tak nak cerita? Masalah timbul bila XAJ tak puas hati dengan saguhati dan pampasan yg diberi oleh PSI.....tak nak cerita?

    XAJ ugut PSI....minta tambah...PSI enggan...XAJ ada bukti punyai urusan disebalik tadbir jholok dgn PSI, ada bukti betul, benar bercampur dengan bukti palsu.

    Jika diteliti bahan bukti benar yg dipunyai XAJ, ternyata boleh mengaibkan Najib juga!

  3. Anonymous says:

    macam tu kalu... pm pencen pun pakai maklumat yang demikian itu sampaikan rakyat Malaysia bertelagah sesama sendiri... cerita dap dengan pas nak berpisah pm pencen tak mahu buat kenyataan ke?....

  4. Anonymous says:

    cekel waeee...kaik mangan karo boyo.....

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.