..

..

USTAZ KAZIM ELIAS GESA PENGUNDI PERMATANG PAUH PILIH CALON SOKONG HUDUD

on Tuesday, May 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




Penceramah popular televisyen "kalau dah jodoh", Datuk Mohamad Kazim Elias menyokong pemimpin dan akar umbi Pas supaya pengundi di Permatang Pauh menolak calon yang menentang pelaksanaan hudud. 

Menurut Kazim, ini kerana berdasarkan hukum Al-Quran, mereka yang menolak pelaksanaan hudud sebenarnya cenderung bersikap zalim

Kazim berkata, pengundi perlu melihat calon di Permatang Pauh boleh mengangkat tangan atau tidak untuk melaksanakan hukum Allah itu, jika calon terbabit tidak angkat tangan maka wajib lah pengundi menolak calon tersebut.

"Kalau dibawa ke Parlimen, dia (hudud) memerlukan kekuatan tetapi kalau ahli Parlimen tak menyokong hudud walau dia Islam sekali pun macam mana undang-undang itu hendak menang?

"Sebab itu di Parlimen Permatag PAuh ini sekalu pun, dia kena tengok ahli Parlimen itu boleh angkat tangan sokong hudud atau  tidak.

"Kalau terang-terang dia kata kami tak sokong, maknanya dia dah menolak hudud.

"Undang-undang hudud memerlukan banyak benda termasuklah kekuatan.

"Berhati-hati tuan-tuan sebab Allah kata dalam Al-Quran (membaca sepotong ayat Al-Quran, orang yang menolak hudud ini adalah zalim.

"Allah kata dia akan cenderung kepada orang yang zalim," kata Kazim dalam program Ceramah Perdana di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Pasir, Permatang Pauh malam tadi.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan calon Barisan Nasional (BN), Suhaimi Sabudin turut hadir dalam ceramah Perdana itu.-Utaranews.com-


One Response

  1. Anonymous says:

    Aku setuju dgn kata2 ustaz kazim...kkita patut monolak calon tidak kira dpd party mana yg tidak suka dgn hudud

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.