..

..

TUN M YANG AIBKAN DIRI SENDIRI KERANA BOCORKAN RAHSIA ORANG

on Tuesday, May 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyifatkan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaibkan diri sendiri kerana membocorkan rahsia pertemuan mereka yang diadakan di Yayasan Al-Bukhari pada 13 Mac 2013 yang lepas.

Tegas Pandikar, pertemuan yang dikatakan perbincangan hati ke hati dan seumpama seorang anak dan ayah itu diakui memang berkisar kepada isu mahu meletakkan jawatan kerana kecewa dengan sistem Parlimen pada masa itu.‎

"‎Saya mohon kemaafan jika ia mengguris hati Tun M, saya tak mahu aibkan dia, sebagai respon Tun M semalam yang menyifatkan saya memalukan dia, bagi saya kenyataan Tun M yang memalukan dirinya sendiri apabila melanggar etika kerahsiaan yang seharusnya pertemuan itu tidak patut dizahirkan kepada sesiapa.‎

"Saya jumpa Tun M di Yayasan Bukhari pada 13 Mac 2013. Dalam pertemuan itu kami bincang banyak perkara politik semasa dan saya akui sudah curahkan isi hati kekecewaan dan tugas Yang Dipertua Dewan Rakyat selain meluah rasa hendak meletak jawatan Speker‎.

"Saya curahkan isi hati kepada Tun M seumpama seorang anak kepada bapa. Seperti mana dimaklumkan, Tun M mungkin terlalu ghairah ‎hendak menjatuhkan Najib kerana menyarankan saya untuk meletak jawatan," katanya semasa sidang media di kediaman rasminya di sini hari ini.


Tun Mahathir baru-baru ini, berkata  Pandikar telahpun meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat.

Bagaimanapun, kenyataan Dr Mahathir tentang peletakkan jawatan itu disangkal oleh Pandikar Amin menerusi satu kenyataan.



6 Responses

  1. Memang betul ape yg Tun M cakap.

    Source: http://www.bnbbc.my/?p=47415

  2. Anonymous says:

    Apahal pula Tun Dr. Mahathir yang ditubuh mengaibkan diri sendiri? Sebenarnya Pandikar Amin yang mengaibkan diri sendiri, malahan sebelum ini mungkin cuba nak aibkan Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan menyatakan dia tak letak jawatan, sedangkan dia sendiri yang berjumpa dengan Tun Dr. Mahathir, lepas tu kata dah hantar surat kepada Najib untuk letak jawatan, dah tak jadi letak jawatan, patutnya beritahulah Tun Dr. Mahathir pasal tak jadi letak jawatan itu, tapi dengan perangai buruknya si Pandikar Amin ni bersikap nak ainaya Tun Dr. Mahathir pula.

    Tun Dr. Mahathir bercakap perkara yang benar, apa yang nak dikatakan mengaibkan pula? Bukannya perbincangan Pandikar Amin dengan Tun Dr. Mahathir berhubung menonton video lucah atau berbincang perkara lucah pun.

    Patutnya Pandikar Amin kena malu pada diri sendiri sebab dah jadi putar alam, pembelit, penipu. Selayaknya bagi Pandikar Amin adalah letak jawatan dengan serta merta kerana Pandikar Amin tak layak jadi Speaker sebab Pandikar Amin adalah penipu, pembohong, jawatan Speaker Parlimen tak sepatutnya diberikan kepada seorang yang tidak jujur seperti Pandikar Amin ini.

  3. Anonymous says:

    Pusing sana pusing sini...dlm umno terlalu byk kaki ampu n kaki kipas...semua x ada telur..

  4. akmy says:

    Sudah dinasihatkan oleh berbagai pihak... Kalau Tun benar sayangkan parti dan negara ini bukan caranya ! Sudah-sudahlah mencemarkan imej sendiri, jangan terlalu EGO !...kalau benar Pandikar Amin hendak meletak jawatan, biarlah dia sendiri yang cakap...akuilah kita ni dah tua, kadang2 silap dengar, tengok gaya Dr.M bercakap tu pun memang gaya keletihan seorang tua yang cuba menunjukkan kegagahannya setelah dipuji dan digula2kan oleh “budak2” jahat...begitu juga bila Dr.M berpindah dari satu isu ke isu yang lain, sebijik macam budak2 “redbean army DAP” yang tiada lain tujuan mereka hanyalah untuk menjatuhkan BN melalui memburuk2kan pemimpin umno...tiada yang baik akan timbul antara PM dengan Dr.M, kedua2nya akan kelihatan teruk...cubalah semak apakah DAP sedang buat ketika ini secara diam2...mungkin projek pindah pengundi ke Pekan agaknya bagi mengesahkan kekalahan PM seperti yang dilakukan di Gelang Patah...tak ada secubit jasa pun Lim Kit Sial tapi boleh menang mengalahkan bekas MB yang memang berjasa besar kepada rakyat...bagi para pemimpin BN/UMNO teruskan bekerja keras untuk memakmurkan Negara dan rakyat dimana telah terbukti melalui lapuran GTP dan ETP yang dibentangkan PM...janganlah dengar sangat perkara negative yang dibangkitkan pembangkang kerana itu sajalah kepandaian akal mereka...pemimpin pembangkang yang berdegar2 bercakap hingga berasap tapi bila tiba dinaikkan gaji/elaun oleh kerajaan yang mereka kutuk, tak ada seorang pun berkata sepatah kami bantah kenaikan gaji kami dan setuju kerajaan tak bayar kepada kami...bagi mantan2 pula, terimalah hakikat kita tidak lagi berada pada zaman kita dulu...itu duluu kata budak2 muda sekarang...
    ...peringatan kepada rakyat yang cintakan Negara dan jangan lupakan ini....(Oleh rmf).. Nathaniel Tan, pembantu khas Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak dari tahun 2007 “Selain membantu Tian Chua, dia menulis dalam Malaysiakini dan dipercayai masih berperanan dalam sebarang program “educating Malaysia for democracy” yang dibiayai oleh CIA,” ulas The Unspinners… For too long now, I think Anwar, PKR and Pakatan have become convinced that they can get away with murder, because they believe those of us who hunger for change simply have no other options… This story suggests that we are on the edge of a crisis; that forces linked to former prime minister Dr Mahathir Mohamad are looking to dethrone Prime Minister Najib Abdul Razak, and instigate an era of unprecedented racial and religious strife…
    Kalau ini tidak benar, tiba giliran Dr M untuk menjawab apa yang terselindung kerana ianya berkait rapat kepada agenda jahat yang paling besar… AIDCNews – 15/08/12 – Seorang pembaca meminta kami menyiarkan semula tulisan ‘Angela’ berkenaan lingkaran Anwar Ibrahim dengan Jesuit, Freemason dan New World Order (NWO) yg pernah disiarkan di sini..“Nanti orang keliru dengan mengatakan Anwar hanya terlibat dengan Freemason (zionis), sedangkan Anwar juga terlibat dgn Jesuit (Kumpulan Jesus)… ini berkaitan Jesuit-Yahudi-Freemason Illuminati New World Order.
    .. Shen Yee Aun (SYA) bekas Setiausaha Pemuda Sosialis DAP Klang mendedahkan jika Anwar Ibrahim, BERSIH, SUARAM dan Malaysiakini ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED), maka DAP pula ditaja oleh Socialist International.. kaitan atau rantaian belakang tabir puak pembangkang ini ialah organisasi pro-demokrasi di Amerika Syarikat dengan tali barutnya di Malaysia..segalanya ada dalam media alternatif dan bukanlah lagi satu rahsia..malah satu buku setebal 131 halaman telah dihasilkan oleh organisasi AS itu sejak 2009..rupanya sudah habis seluruh pelusuk negara mereka redah untuk mengajar rakyat bagaimana hendak menolak BN.

  5. Pen Kendi says:

    Tan Sri Pandikar Amin Mulia,

    Satu hari kau cakap lain, satu hari kau cakap lain. Bukan yang Tun M tanya pun kamu yang cakap. Sekarang kamu menyifatkan Tun M melanggar etika kerahsiaan, siapa yang jumpa Tun M yang cakap dia nak berhenti. pasal apa pertemuan nak dirahsiakan kepada sesiapa.‎ Bukan Tun berpakat dengan kamu?

  6. Anonymous says:

    Semua orang jangan silap faham. Pandikar ini bukan bermaksud Pendekar. Pandikar ni menjadi kecut perut bila isu perletakan jawatannya disebar oleh Tun. Dia jadi panik. Takut dibalun oleh Najib dan pengikutnya. Lalu dia menafikan segala kata-kata Tun. Kerana takut menghadapi kenyataan dan kebenaran dia sanggup memalukan Tun. Semua orang tahu Tun tidak pernah berbohong hal-hal sebegini cuma sesetengah kumpulan saja buat-buat tak tahu. Begitulah bila pandikar bukan pendekar.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.