..

..

TUN M BILA PERTIKAI JET BARU KERAJAAN,JANGAN LUPA SKYHAWK NEVADA

on Wednesday, May 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments



 Tun Mahathir terus  mempertikaikan kewajaran Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib yang telah membeli jet rasmi kerajaan untuk digantikan dengan yang lama  . Tetapi kerajaan dipimpin Najib cukup telus sekali dalam pembelian jet kerajaan baru ini hingga diketahui umum bukan seperti zaman Mahathir ketika beli pesawat Skyhawk dari US . 


Dalam mempertikaikan kewajaran Kerajaan Najib beli jet kerajaan  , Tun Mahathir telah terlupa tentang 40 buah Skyhawk yang telah ditinggalkan di Padang Pasir Nevada yang telah diperolehi semasa era pemerintahannya..





SKYHAWK dan TUDM


Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.

Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.

Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans. 

A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick. 

6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40). 

Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.

Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bila mana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan.

Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkhidmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994.

Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia.

40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.

Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya.

Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM!

Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia.

Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan.

Menguntungkan kah?

Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta?

Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai?

RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang.

Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun?


Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung?

Nampaknya kini Mahathir mudah lupa dan bukannya Melayu mudah lupa..


Kenali Skyhawk kita


Spesifikasi A-4 Skyhawk PTM

Juruterbang : ...........Seorang dan 2 orang (versi TA-4PTM)
Enjin : .......................Wright J65-W-20
Panjang Sayap : .....8.38m
Panjang : ................12.6m
Tinggi: .....................4.57m
Kelajuan maksima: 1083 km/j
Had penerbangan: 12,192m
Persenjataan: .........Meriam ringan kaliber 20mm, boleh membawa pelbagai jenis bom,
..................................misil AIM-9 sidewinder udara ke udara dan AGM-65 Maverick udara ke darat


sumber 


9 Responses

  1. Anonymous says:

    Xde idea dh...kesian

  2. Anonymous says:

    najib lagi hebat...2 biji kapal selam je sampai berbilion...mna nak carik pemimpin sehebat najib ni...klu helikopter nuri bagi cat baru nape x bagi pesawat lama najib tu cat baru...

  3. Anonymous says:

    Tu jam siapa yang paling rapat dengan pemimpin-pemimpin Amerika?

    Setelah Tun sedar "kelemahan" menteri itu, dia lalu mengambil alih tugas dari orang itu dan tidak lagi membeli jet pejuang AS.

    Hakikatnya, AS tidak boleh dipercayai langsung! Itu pun pihak-pihak pembangkang masih berpaut dengan AS untuk menjahannamkan Malaysia.

  4. Anonymous says:

    Tak kan rekod hilang nak salahnya tun.. Fikir logical sikit..

  5. Anonymous says:

    memang benar Mahathir pun ada buat silap, tapi rakyat tak berapa nak persoalkan & tidak mahu ambil kisah kerana
    kehidupan harian berjalan lancar. Tidak seperi sekarang barang naik, GST, RM rendah, hutang negara meningkat dan apabila isu2 hangat timbul seperti 1MDB malah isteri PM pun orang mula tertanya2, rakyat terkena tempiasnya. Kasi BRIM banyak2 pun belum tentu rakyat gembira.

  6. Anonymous says:

    meoowww

  7. Anonymous says:

    cybertrooper ajib

  8. Anonymous says:

    juta dengan billion mana lebih besar??

  9. Anonymous says:

    Kapal Selam beli time MAdeayy jd PM lah ngok... beberapa tahun baru siap..
    Madeay dh pencenn..
    Madeayy mmg penipu.. macai sukeee sgt..

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.