..

..

TONY PUA MOHON BATAL SAMAN BUKTIKAN NAJIB TIADA KAITAN 1MDB

on Wednesday, May 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





DARI awal kita sudah katakan bahawa Perdana Menteri tidak ada kaitan dengan 1MDB – secara langsung.  Beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam syarikat itu atau mempunyai apa-apa kuasa membuat keputusan untuknya.
Ketika ramai orang percaya Tun Mahathir tidak boleh dipersalahkan dalam skandal BMF kerana tidak memegang jawatan dalam bank tersebut, tapi orang yang sama nak percaya Perdana Menteri boleh dikaitkan secara langsung dengan 1MDB walaupun tidak memegang apa-apa jawatan dalam syarikat tersebut.
Segala tindakan Perdana Menteri dalam isu 1MDB setakat ini, hanya dalam kapasiti beliau sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan sahaja.  Kenyataan perlu dibuat dalam cara yang berhati-hati, lebih lagi dalam keadaan 1MDB sedang menghadapi siasatan jabatan audit dan sebagainya.
Tapi masih tidak menghalang fitnah dan tohmah.  Kelompok ini masih terperangkap dalam corak kepimpinan era 80-an, 90 dan awal 2000 dimana Perdana Menteri adalah segalanya dan terlalu berkuasa, waima dalam soal nak menentukan rekabentuk bangunan KLCC pun kena dapat persetujuan Perdana Menteri dahulu!!
Mungkinkah pandangan ini akan berubah setelah pemimpin pembangkang Tony Pua sendiri mengesahkan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak ada locus standi untuk menyamannya dalam isu berkaitan 1MDB apabila membuat permohonan di Mahkamah agar saman itu ditarik balik?
Makna locus standi ini antara lain tidak ada kapasiti (kerana tidak berkaitan) untuk memulakan tindakan saman ke atasnya?  Dalam bahasa mudah, PM tidak boleh menyaman Tony Pua kerana PM tidak ada kaitan dengan 1MDB.
Contoh kes tidak ada locus standi yang paling popular ialah bila Lim Kit Siang gagal menghalang kerajaan pimpinan Tun Mahathir dari menyerahkan PLUS kepada syarikat UEM (sebuah syarikat rugi) pada 2002 kerana Lim Kit Siang tidak ada locus standi untuk menghalang penyerahan tersebut.
Dia bukan ada kepentingan dalam UEM atau PLUS pun.  Macam itulah contohnya.
Ini kalau bukan bukti jelas Najib tidak ada kaitan langsung dengan 1MDB seperti yang difitnahkan Tun Mahathir dan parti-parti pembangkang, penulis tak tahu nak kata apa.  Nampak sangat permainan persepsi sahaja yang mengatakan begitu sedangkan hakikatnya tidak.
Kalau ikut penulis, bukan Tony Pua saja yang kena saman dan kemudian merayu supaya ditarik balik saman…..

SUMBER : MYKMU


3 Responses

  1. Mahathir. .Mahathir. .anne anne nakèk Nalla jamma

  2. Dr M tidak memegang apa2 jawatan dlm BMF, di juga bukan menteri kewangan..dan dia juga bukan pengasas BMF

    Tapi kes Najib berbeza..dia adalah pengasas 1MDB, Pengerusi Penasihat Lembaga Pengarah 1MDB, dia menteri kewangan dimana 1MDB adalah milik kementerian kewangan...mcmana dia boleh kata tak terlibat dlm urusan 1MDB..dan ada beberapa kali beliau tampil menghulurkan bantuan dgn mengunakan dana 1MDB...bullshit kalau dia kata dia tiada kena mengena dgn 1MDB...Rakan rapat Najib..Jho Low mempunyai pengaruh yg besar dlm 1MDB walaupun dia bukan duduk dlm lembaga pengarah...rumors bertiup kuat dia bersama2 Najib & Rosmah ketika mereka bercuti pusat peranginan Cannes di Perancis tahun lepas.

    Klu lu nak defend Najib..patut2lah sikit...

    Note that...nobody going to win in the fight with PM in any local court...u definitely wasting energy suing the PM...anyway DAP have bigger chance to win next election if Najib remains as PM...therefore why they need legal suit??..they can use 1MDB issues in their campaigns.

    Although I dont like Najib..but I may have no choice to vote for BN in hoping of not letting PR / DAP any advantages.

  3. Duit zaman mahathir dah hangus..itu fakta..duit zaman Najib belum hangus lagi..mungkin akan hangus ..kemungkinan itu tak dinafikan..namun sekiranya distrukturkan elok2 semula kemungkinannya tak hangus..bab berhutang siapa yang tak berhutang..ekonomi diasaskan atas hutang (pinjaman)..dalam Islam pun ada hukum. .." membayar hutang itu wajib"..so ape peliknya berhutang? Yang ramai mangkok mangkok jalanan meroyan terpekik terlolong tu apè hal?

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.