..

..

TABUNG HAJI & MOF PERLU JAWAB SOALAN PEMUDA UMNO - MUHYIDDIN @khairykj @RRafizal

on Saturday, May 9, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Tan Sri Muhyiddin Yassin menyokong kenyataan Pemuda Umno yang mahukan Kementerian Kewangan dan Lembaga Tabung Haji (Tabung Haji) memberi penjelasan berhubung pembelian sebidang tanah oleh Tabung Haji daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Tun Razak Exchange (TRX) di Kuala Lumpur.

Timbalan Perdana Menteri berkata walaupun transaksi jual beli itu sah dan berdasarkan kesediaan pembeli-kesediaan penjual, para penyimpan Tabung Haji melihatnya seolah-olah mereka terpaksa menanggung beban 1MDB.
  
Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden Umno, berkata demikian kepada media Malaysia di sini pada Jumaat.
 
Beliau dalam rangka lawatan kerja rasmi tiga hari ke sini sejak semalam.
  
Dalam kenyataannya, Pemuda Umno menzahirkan kebimbangan berhubung pembelian tanah itu daripada 1MDB yang bernilai RM188.5 juta.

Pemuda Umno meminta supaya penjelasan dibuat bagaimana transaksi pembelian tanah itu dilakukan. - Bernama






6 soalan Pemuda perlu dijawab MOF & TH

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia (PPUM) ingin menzahirkan kebimbangan kami berkenaan pembelian sebidang tanah bernilai RM188.5 juta di Tun Razak Exchange (TRX) oleh Tabung Haji (TH) daripada 1MDB.
Pembelian tanah ini dikatakan sebagai pelaburan bagi TH yang melalui proses penilaian yang wajar disetiap peringkat.
PPUM tidak menafikan keperluan TH untuk membuat pelaburan. Pelaburan dalam pasaran modal (pembelian saham) dan sektor hartanah harus dibuat oleh TH bagi menjana pulangan yang dapat diagih kepada para pendeposit TH dalam bentuk dividen.
Yang menjadi pertikaian dalam pembelian tanah TRX ini adalah cara bagaimana transaksi ini dilaksana.

Disini PPUM memohon penjelasan daripada pihak Kementerian Kewangan (MOF) dan juga TH dalam beberapa perkara:

Soalan kepada MOF
1) Berapakah harga yang dibayar oleh 1MDB untuk tanah keseluruhan TRX dan daripada itu berapa harga yang dibayar oleh 1MDB secara pro rata bagi tanah yang dijual kepada TH sebesar 1.56 ekar ini?
2) Apakah benar perancangan awal sebelum tanah TRX dijual kepada 1MDB, adalah untuk kerajaan menjual tanah ini kepada Pelaburan Hartanah Berhad, iaitu sebuah syarikat di bawah Yayasan Amanah Hartanah Bumiputera yang ditubuhkan untuk meningkatkan pemilikan hartanah dikalangan mesyarakat Bumiputera?
3) 1MDB akan menerima RM188.5 juta daripada penjualan tanah ini kepada TH. Duit ini akan diguna untuk tujuan apa?



Soalan kepada TH
1) Tidakkah berlaku satu konflik kepentingan dalam transaksi ini memandangkan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tan Sri Ismee Ismail, juga merupakan Ahli Lembaga 1MDB? Apakah wujud konflik kepentingan lain yang melibatkan pegawai kanan TH dalam transaksi ini?
2) Adakah benar, diskaun yang kononnya diberi oleh 1MDB dalam penjualan tanah ini sebenarnya ditawarkan kepada TH atas persetujuan TH membayar 100% daripada harga tanah ini sebaik sahaja Perjanjian Jual Beli (SPA) dimeterai? Sekiranya tidak, bilakah pembayaran penuh untuk tanah ini akan diselesaikan? Adakah TH pernah menyelesaikan pembayaran 100% bagi mana-mana bidang tanah yang dibeli sebaik sahaja SPA ditandatangani sebelum ini?
3) Apa asas penilaian yang dibuat oleh Panel Pelaburan TH yang meluluskan pembelian ini? Apakah benar laporan risiko yang dibuat merumuskan pelaburan ini sebagai berisiko tinggi? Apakah benar pembelian bidang-bidang tanah yang dibuat di kawasan berhampiran dibeli pada harga yang lebih redah daripada apa yang dibayar oleh TH untuk tanah ini?
PPUM menggesa agar soalan-soalan diatas dijawab dengan segera. Tujuan soalan-soalan ini ditanya adalah untuk mendapat pencerahan yang lebih lanjut memandangkan pembelian yang dibuat oleh TH ini telah menimbulkan pelbagai spekulasi yang mengundang kemarahan rakyat.
Umum mengetahui isu 1MDB ini sudah menjadi semakin runcing. PPUM amat risau sekiranya institusi seperti TH digunakan untuk menyelamatkan 1MDB.
Sebarang usaha untuk menyelamatkan 1MDB yang boleh merugikan rakyat tidak boleh diterima.
8 Mei, 2015



Komen GPB 

***  Sudah terang lagi bersuluh .. TPM sendiri sudah tak percaya 1MDB dan kini mahu guna duit Tabung Haji untuk menyelamatkan syarikat bermasalah  hutang ini .  




2 Responses

  1. hasnul rahman says:

    Assalammualaikum wmt,
    Soalan Pemuda UMNO dah ada yg jawab bagi membela 1MDB atau lebih tepat lagi membela PMNajib.
    Sekarang sama-sama kita tunggu siapa atau penulis tersohor mana pulak yg akan sanggah kata-kata TPM demi membela DSNajib mengenai isu 1MDB ni.
    Tunggguuuuuuuuuuuu!

  2. Ini satu lagi badut Umno. ..Umno dari grassroots sampai presiden termasuk mantan presiden dan mantan timbalan presiden hanya badut2 belaka

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.