..

..

SIAPA MENTERI TAK FAHAM ISU 1MDB DIDESAK LETAK JAWATAN - BNBBC

on Wednesday, May 27, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Tan Sri Shahrir Abdul Samad hari ini menggesa menteri Kabinet yang masih tidak memahami isu pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) walaupun keputusan bersama telah diputuskan supaya melepaskan jawatannya.
Menurut beliau, mana-mana menteri yang masih enggan memahami isu itu dianggap telah melanggari keputusan yang dicapai bersama.
Prinsip Kabinet merupakan tanggungjawab bersama yang perlu dipegang dan keputusan yang diambil adalah keputusan kolektif dan tanggungjawab bersama.
Beliau menjawab demikian ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali sebagai Ku Li semalam yang menyatakan keseluruhan kabinet perlu dipertanggungjawabkan atas masalah dihadapi 1MDB dan bukannya perdana menteri seorang sahaja.
Mengulas lanjut, Shahrir yang juga merupakan Ahli Parlimen Johor Baharu berkata, ahli kabinet yang tidak memahami isu yang dihadapi 1MDB boleh berjumpa sendiri dengan perdana menteri sehingga berpuas hati (keputusan kabinet).
"Kita diberi peluang untuk berbincang dan bertanya sampai kita berpuas hati. Kalau tak puas hati boleh pergi lagi sekali jumpa perdana menteri dan tanya lagi.
"Jika ada menteri kata tak faham.. cakaplah tak faham..tanyalah sehingga faham isu. Jangan sampai tak reti nak tanya.
Ditanya mengenai kesahihan dakwaan yang dibuat oleh Ku Li, beliau telah menyifatkan kenyataan bekas menteri kewangan itu sebagai dakwaan semata-mata.

"Tak tahulah, itu dakwaan dia, mungkin ada menteri yang tak faham tak tahulah, tapi perbincangan pernah berlaku.
"Kalau sudah ada keputusan dan menteri kata tak faham lagi..apa benda yang tak faham? Saya anggap itu hanya dakwaan," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.