..

..

SEJAK BILA WARTAWAN UTUSAN ADA LESEN GELARKAN ULAMA INI SESAT ?

on Tuesday, May 26, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Agak pelik bila membaca pendedahan Utusan Malaysia secara tiba-tiba menyerang ulama antarabangsa yang datang ke negara kita berdakwah sebagai sesat dan tidak mengikut pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ ) .  GPB tak pelik jika mereka mendedahkan isu PATI , dadah , gejala maksiat , pembalakan haram , kelemahan penguatkuasaan tetapi membabitkan soal akidah ia satu isu yang berat .

Sewajarnya tugas  Utusan hanya perlu melaporkan tentang apa diberitahu pegawai Jabatan Agama tentang ajaran mana & ustaz mana yang sesat  , tetapi ini sudah terbalik apabila mereka sendiri mendedahkan atau mengaibkan ulama terbabit .

Bagi GPB ia tidak adil dan selagi ulama2 ini tidak didapati bersalah oleh pihak berkuasa , tuduhan Utusan jelas adalah FITNAH JAHAT !

Persoalannya , adakah wartawan sudah  ini mempunyai bukti serta cukup ilmu agama di dada mereka mendakwa Habib & Habaib ini membawa ajaran sesat  ??



OLEH : BLOG KERIS PUSAKA 

baru-baru ini di dalam sebuah akhbar arus perdana Utusan Malaysia,telah mendedahkan kononnya Ulama-ulama antarabangsa yang datang berkunjung ke Malaysia atas urusan dakwah telah memperalatkan nama Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam kegiataan yang kononnya bertentangan dengan fahaman ASWJ.

Wartawan UM yang menulis artikel berita itu juga hanya merujuk satu sumber yang tidak dinyatakan siapa dan sejauh mana kesahihannya .Inikah etika kewartawan seorang wartawan akhbar ? Kenapa tidak dinyatakan sumbernya itu ?

Kenapa UM takut untuk dedahkan sumber itu jika terbukti kebenarannya? Ulama-ulama Antarabangsa itu seperti yang dinyatakan dalam akhbar UM adalah beberapa kibar ulama dari hadramaut yang berketurunan Ahlul Bait Rasulullah SAW dari silsilah Sayyidina Hussain yang dikatakan oleh sumber UM Malaysia sebagai cenderung kepada mazhab syiah yang sebenarnya tidak benar dan suatu fitnah jahat ke atas Ulama.



Dari(Kiri) Syeikh Taufiq Al Buti (Syria), Habib Umar Al Jailani(Makkah) ,DS Jamil Khir Baharom, Habib Abu Bakar Al Adni(Yaman),Syeikh Abu Bakar (India) ketika di Muktamar Ulama Ahlus Sunnal Wal Jamaah baru-baru ini




KP ingin terangkan bahawa manhaj Ulama-ulama ahlul bait Hadramaut adalah ASWJ yang berpegang dengan mazhab aqidah Asyairah ,mazhab fiqh Imam Syafie dan tasawuf menurut Imam Al Ghazali.

Mereka merupakan golongan keluarga ahlul bait Nabi SAW yg berhijrah daripada Baghdad ke Hadramaut Yaman yang mana ketika itu Hadramaut dipenuhi dengan golongan Ibadiyah yang bukan daripada ASWJ.

Ulama2 Ahlul Bait Nabi SAW inilah yang membersihkan bumi hadramaut daripada golongan Ibadiyah dan menyebarkan dakwah Islam yang benar disitu hinggakan lahirnya leluhur Ulama2 Ahlul Bait yang mana digelarkan sebagai Habib .Dakwaan sumber itu mengatakan bahawa Ulama Ahlul Bait cenderung kepada syiah, nampak benar kejahilan jelas daripada sumber itu.Mana mungkin seorang syiah menggunakan nama2 sahabat yang dilaknat oleh puaknya sendiri.






Lihatlah foto diatas Habib Umar bin Hafidz yang di katakan cenderung kepada syiah dan sesat disebarkan oleh UM ,ilmunya diiktiraf oleh Ulama-ulama univeristi islam tertua di dunia iaitu Universiti Al Azhar As Syarif dan para guru dan masyaikh Al Azhar .

Siapa UM untuk menisbahkan kesesatan keatas Ulama sperti Habib Umar tanpa didasari penelitian jelas dan sebagainya ? Ulama-ulama di Al Azhar pun masih bertalaqqi dan mengambil manfaat ilmu daripada beliau jika Habib Umar berziarah ke Mesir.

Wartawan UM tidak boleh sewenang-wenang bersikap tidak adil,berat sebelah dalam menghukum dan tidak boleh mengeluarkan berita-berita sebegini untuk mengherat orang awam dalam kancah perdebatan yang jelas akan memecah belahkan umat yang sepatutnya bersatu dalam mendepani fitnah akhir zaman daripada munafik dan kafir yahudi nasrani.

Kesahihan cerita yang meragukan dengan mengambil sebuah video klip dan terus membuat konklusi kesesatan kerana melihat Nabi dalam yaqazah yang sebenarnya ini perkara adalah khilafiyyah antara ulama yang sudah lama diselesaikan ulama dan ditulis dalam kitab2 ulama kita.

Ada yang memperakui dan ada yang menolaknnya tetapi mereka tidaklah sampai menyesatkan sesama mereka. Para Habaib selalu mengingatkan apa yang telah diingatkan oleh Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم agar MENAHAN LIDAH dari mencela & MENJAGA TANGAN dari berlaku pertumpahan darah. Itulah manhaj & jalan mereka.

 Moga Allah melindungi para Awliya dan Ulama2 kita dari ujian dan ancaman fitnah yang ditimpa ke atas mereka hari demi hari, bagi para ulama mereka menganggap segala ujian yg mereka terima merupakan hadiah daripada Allah agar mereka tidak alpa dengan dunia dan sentiasa beringat bahawa setiap ujian pasti ada pertolongan Allah seperti dalam firman Allah :

 "Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu sebelum kamu? mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (dengan ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada bersamanya:

“Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?” Ketahuilah sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat (asalkan kamu bersabar dan berpegang teguh kepada agama Allah). ( Al-Baqarah: 214)



Lihat berita2 yang disebar oleh Utusan Malaysia,: -

http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pendakwah-luar-8232-bawa-ajaran-songsang-1.95953 -http://www.utusan.com.my/berita/nasional/awasi-kelompok-peralat-nama-ahli-sunnah-wal-jamaah-1.95940 

Video penjelasan daripada Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al Hamid tentang manhaj dakwah para Ulama Habaib di Malaysia,cukup jelas dan terang menafikan segala fitnah-fitnah jahat dalam berita UM diatas,klik link di bawah: 


-https://www.facebook.com/tvalhijrah.TVAH/videos/937540829609505/?pnref=storyCopy and WIN : http://ow.ly/KNICZ




One Response

  1. maae says:

    Ini tugas Menteri Agama Islam di JPM. Beliau yang berhak dari itjmak Ulama Malaysia.

    Kita tunggu apa kata mereka...

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.