..

..

Saya bukan anak yang khianati parti UMNO - @NajibRazak

on Tuesday, May 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments




Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan bahawa beliau bukan anak yang khianati parti, sebaliknya memperkukuhkan dan memartabatkan UMNO seperti yang diperjuangkan bapanya, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein.
Justeru itu, Presiden UMNO itu meminta diberikan peluang dan sokongan untuk menghabiskan agenda pembangunan negara serta mempertahankan kedudukan UMNO parti pemerintah.
Najib berkata, dasar yang diperkenalkannya sebagai Perdana Menteri adalah selari dengan prinsip dan perjuangan UMNO..
“Saya akan jalankan tugas dalam Kabinet dan Majlis Tertinggi supaya agenda memperkasakan UMNO berjaya diteruskan sebab bapa saya yang bangunkan parti ini,”katanya di majlis Veteran UMNO Sepetang Bersama Presiden di Pusat Dagangan Dunia Putra, Isnin.
Beliau turut membidas tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mendesaknya meletak jawatan sedangkan beliau adalah Presiden UMNO  pertama yang dipilih menerusi sistem perlembagaan parti yang baharu.
“Saya presiden yang dipilih secara demokratik terbuka. Kalau dulu 2,600 orang di Kuala Lumpur (pemilihan). Dulu ada undi bonus… lepas itu ganti dengan kuota. Nak cabar presiden kena dapat 63 bahagian. Ingat senang ke nak dapat? Tidak mudah.
“Sebab itu dia (Dr Mahathir) boleh kekal 22 tahun…kalau saya nak kekal 22 tahun pun boleh tetapi saya nak dipilih dengan ikhlas… dipilih dengan demokratik. Tapi kenapa ganggu saya?,” katanya.
Najib berkata, beliau enggan mendedahkan beberapa kepincangan semasa di era pemerintahan Dr Mahathir kerana ia akan menjejaskan parti.
“Ingat masa Tun M tiada masalah. Zaman dia lagi banyak masalah cuma saya tak cakap, buka pekung di dada nanti merugikan kita,” katanya.
Sebaliknya, Najib berkata beliau mahu menyelamatkan parti dan yakin masalah dalaman parti itu boleh diselesaikan menerusi rundingan bersama.
“Kita nak jaga parti… parti adalah penyelamat kita. Jangan binasakan UMNO,  sayangkan UMNO. Kalau kita ada masalah kita betulkan,  kita runding bersama. Saya yakin tak ada benda yang tak boleh diselesaikan,” katanya.
Menurutnya, meskipun UMNO berdepan dengan pelbagai cabaran, parti itu masih kuat dan mampu menerajui negara.
“Hanya kalau kita berpecah dari dalam sahaja yang akan mengakibatkan kita kehilangan kuasa,” katanya.


5 Responses

  1. Anonymous says:

    Demi Melayu dan umat Islam, Melayu perlu bersatu, kukuhkan UMNO. Adalah diharapkan TDM dan Najib bertaut kembali bagi mengelak perpecahan. Perbezaan pendapat itu normal dan boleh diselesaikan jika berlapang dada dan mencari prinsip menang2. Semua PM buat yg terbaik untuk negara mengikut cara dan pada zamannya masing2.

  2. Labu8455 says:

    "saya bukan nya mengkhianati UMNO" cuma mahu menjahanamkan nya saja - tak kan itu pun tak boleh ...

  3. Anonymous says:

    Jalan penyelesian senang je...jumpa Tun or buat surat & tunjuk bukti jawab mana 14-20B dari 42B hutang 1MDB tu kalu x nak public tau...senang je kan...ini ke PM Msia? Dia la jgk Menteri Kew & juga penasihat 1MDB.

  4. Anonymous says:

    Sebab itu Allah mematikan manusia mengikut peringkat2nya supaya tidak berlaku kecelaruan.sesungguhnya Dia Maha mengetahui.jika sudah terluka walaupun sembuh tetap akn ada parutnya.

  5. Anonymous says:

    Kalau Mahathir dan geng merasakan Umno akan kalah pada pru 14 ni,seharusnya dia dan dan gengnya berhentilah menyerang Najib secara terbuka.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.