..

..

RAKYAT PERLU WAKIL RAKYAT SEPENUH MASA BUKAN SEKALI SEKALA #PRKPermatangPauh

on Friday, May 1, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan bahawa penduduk Permatang Pauh sepatutnya mempunyai wakil rakyat sepenuh masa yang dipertanggungjawabkan untuk menyelesaikan masalah rakyat, bukannya anggota Parlimen yang hanya sesekali berada di kawasan itu. 

"Kalau saya jadi penduduk Permatang Pauh saya perlukan wakil saya berada di sini. Tanyalah sesiapa sahaja yang berada di Permatang Pauh... apakah mereka mahu wakil rakyat mereka yang menjaga di Kajang lepas itu sebulan sekali datang ke sini," kata Timbalan Perdana Menteri kepada pemberita di Butterworth, semalam.

Memetik kenyataan Pengarah Strategi PKR, Sin Tze Tzin baru-baru ini, persoalan mengenai Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberi khidmat sebagai wakil rakyat di dua kawasan berbeza tidak timbul kepada parti itu. 

Bahkan, katanya, Wan Azizah masih boleh memberi perkhidmatan yang baik kepada penduduk Kajang dengan bantuan kerajaan pimpinan PKR di Selangor.  

Muhyiddin yang juga merupakan Timbalan Perdana Menteri itu berkata, didapati lebih 71,000 pengundi di Permatang Pauh memerlukan wakil rakyat yang boleh memberi tumpuan sepenuhnya dalam menyelesaikan masalah rakyat di kawasan parlimen itu.

"Pastinya kerja-kerja yang nak dilaksanakan tidak berkesan. Kalau dia kata akan diuruskan menteri besar Selangor, kalau macam tu tak payah bertanding lah di sana (Kajang)... letak saja Azmin (Ali) jaga kawasan tu, jadi tak ada wakil rakyat," katanya. 

Beliau yang merujuk rekod Dr. Wan Azizah di Kajang yang menjanjikan penyelesaian masalah rakyat dan banjir di Kajang menerusi 'Kajang Move' (Langkah Kajang). 

Namun, beliau menjelaskan, situasi akan berbeza dengan calon BN, Suhaimi Sabudin yang pastinya akan berada sepanjang masa di kawasan Parlimen Permatang Pauh untuk menabur bakti kepada penduduk kawasan itu. 

"Kalau Suhaimi di sini saya kata awak duduk di sini sepenuh masa, rumah pun dalam kawasan, apa isu masalah pembangunan, masalah banjir, kesihatan, tempat ibadah, isu-isu ekonomi dan peluang pekerjaan pasti boleh ditangani segera."

"Kawasan ini memerlukan wakil rakyat sepenuh masa yang boleh memberi tumpuan dan perhatian terhadap kawasan itu, jauh lebih baik daripada Wan Azizah yang tak ada masa langsung," kata Muhyiddin. 

Mengulas berhubung dakwaan pembangkang yang mengatakan bahawa kempen pilihan raya mereka banyak 'diganggu' Polis berikutan Pengarah Pilihan Raya PRK Permatang Pauh bagi BN adalah Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Muhyiddin berkata, polis hanya bertindak mengikut peraturan yang ada. 

"Kalau tindakan itu mengikut peraturan, mereka (polis) tidak akan ambil tindakan," katanya. -UtaraNews.com


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.