..

..

RAFIZI DAH KECUT KEMPEN BN RUMAH KE RUMAH , NAK REPORT KAT SPR #Kakwan4PP #PRKPermatangPauh

on Monday, May 4, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli dalam sidang medianya di Bilik Gerakan PKR pagi ini dengan mempertikaikan calon Barisan Nasional (BN) yang mengadakan kempen rumah ke rumah bagi mendapatkan sokongan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh di sini.


Menurutnya lagi, jentera BN yang berkempen dari rumah ke rumah pada PRK Permatang Pauh kali ini dilihat lebih tersusun dan ekstrem dalam meraih undi.
Keadaan ini sangat merisaukan jentera PKR dan Pakatan Pembangkang yang bimbang akan berlakunya rasuah dalam mendapatkan undi.
Dalam memastikan perkara ini tidak akan berlaku lagi, PKR akan membuat laporan rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung aktiviti ini yang boleh mengundang rasuah.
Bagaimanapun, kenyataan Rafizi itu seolah-olah memakan diri sendiri apabila jentera PKR bersama Wanita PAS dan DAP turut dilihat melakukan kempen dari rumah ke rumah dalam usaha menarik sokongan dengan menghadiahkan barangan keperluan di sepanjang PRK Permatang Pauh ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR itu turut mempertikaikan calon BN yang lebih banyak senyum berbanding bercakap dalam sesuatu perkara seperti mana calon PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah.
Menjadi amalan bagi calon BN untuk tidak bercakap banyak tetapi tetap menunaikan janji agar rakyat merasai janji yang akan ditepati.
Rafizi dilihat ketandusan isu di dalam PRK Permatang Pauh ini dengan lebih banyak menyerang BN berbanding berusaha untuk menyakinkan rakyat bahawa PKR boleh membawa perubahan kepada penduduk Permatang Pauh selepas mereka gagal mengemukakan manifesto seperti mana yang dilakukan BN.- KL EXPRESS


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.