..

..

PKR GUNA TAKTIK WAN AZIZAH NAK KALAH 2 HARI MENJELANG HARI PENGUNDIAN #PRKPermatangPauh

on Tuesday, May 5, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




Pengarah Strategi PKR Sim Tze Tzin dalam kenyataan medianya hari ini mendakwa calon PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkemungkinan menghadapi risiko kalah di Pilihanraya Kecil (PRK) Permatang Pauh jika peratusan keluar mengundi adalah rendah.
Sim dilaporkan Malaysiakini berkata kemungkinan tersebut dibuat berdasarkan dari satu hasil kajian persendirian yang telah dijalankan oleh pihak mereka berdasarkan sampel panggilan telefon kepada 1,000 pengundi Permatang Pauh.
Beliau berkata pihaknya khuatir apabila kekalahan pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan akan berlaku di kawasan itu jika jumlah yang akan keluar mengundi kurang daripada 70 peratus.
“Kita ada tanya kepada mereka adakah akan pulang mengundi. Tetapi kurang dari 70 peratus iaitu 68 peratus sahaja yang kata akan mengundi.
“Ini membimbangkan.Dyana Sofya (Mohd Daud) di Teluk Intan mengalami pengalaman buruk apabila kurang daripada 70 peratus yang keluar mengundi,” katanya dalam sidang media di Pusat Media PKR di Yayasan Aman, Permatang Pauh.
Dalam pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan tahun lalu, Dyana kalah kepada Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi.
Peratusan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil itu sebanyak 67.4 peratus.
Ditanya sama ada PKR menjangkakan parti itu akan kalah pada pilihan raya kecil kali ini, Sim yang juga MP Bayan Baru hanya menjawab:
“Kita tak akan jangka apa-apa. Kita serahkan kepada pengundi,” katanya.
Sehubungan itu, Sim menyeru kepada para pengundi supaya perlu keluar mengundi pada 7 Mei depan bagi melakukan perubahan sekiranya mahu hala tuju negara berada di atas landasan yang betul.
“Pengundi perlu menentukan adakah ini hala tuju negara yang betul.
“Kalau perlu perubahan, jadi kami ajak pengundi untuk balik ke kampung untuk mengundi,” katanya 


2 Responses

  1. Anonymous says:

    Orang luar tu bukan semuanya penyokong PKR , Awal awal lagi dah bagi alasan

  2. Org kampong dah muak dgn poltik anakberanak ni.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.