..

..

PANDIKAR MALUKAN TUN M ATAU DIA SENDIRI YANG BERBOHONG ?

on Monday, May 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Siapa sebenarnya yang berbohong ?? Pandikar Amin atau Tun M yang baru pulang dari umrah ? Penyokong tegarnya mesti mengatakan Tun M tak bohonf 

Isu ini timbul selepas  Tun M yang dedahkan Speaker Dewan Rakyat sudah berhenti di Ipoh minggu lepas .

Sekarang ini bila dituduh bohong , dia menambah cerita Spekear tak puas hati  dengan layanan Parlimen terhadapnya . 

Macam-macam la cerita dibawa Tun M dan kini kita dapat lihat apa dicakapnya bukan semua betul.





"Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia telah memalukan saya dengan berkata dia tidak letak jawatan."

Ini kenyataan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed yang menjelaskan Pandikar ada datang berjumpa dengannya walaupun tidak diminta berbuat demikian.

"Dia ceritakan tentang perasan tidak puas hati dengan Datuk Seri Najib (Abdul Razak). Dan dia kata dia nak letak jawatan.

"Bahkan dia kata dia sudah tidak jadi speaker dah. Itu yang dia cerita kepada saya.

"Dia ceritalah sikit perasan tidak puas hati dengan layanan Parlimen terhadap dia sebagai speaker.

"Lepas itu dia tanya saya apa perlu saya buat. Saya kata kalau dia nakresign resignlah. Saya percaya dia cakap sudah bagi surat kepada Najib kata dia nakresign," katanya di pelancaran buku 'Dr Mahathir's selected letters to world leaders' di Perdana Leadership, di sini, hari ini.

Dr Mahathir berkata beliau cuma mengulangi apa yang Pandikar cakap kepadanya.

"Dia kata seperti saya ini bohong. Ini tak payahlah. Malulah saya," katanya.


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.