..

..

NAJIB MULA LAWAN MAHATHIR & PEMBELIT ISU 1MDB

on Sunday, May 10, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 26 Comments




Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan beliau tidak akan tunduk kepada mana-mana tekanan yang mahukan beliau meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
Beliau berkata selagi rakyat menyokong beliau untuk menerajui kepimpinan negara sebagai perdana menteri dan anggota UMNO terus teguh menyokongnya sebagai presiden parti maka beliau tidak akan berganjak daripada jawatan yang disandangnya sekarang.
"Saya cuma tunduk kepada (desakan) ahli parti dan rakyat sahaja. Selagi ahli parti sokong saya, selagi rakyat memberi kepercayaan, saya akan tetap meneruskan perjuangan saya," katanya ketika berucap di hadapan kira-kira 40,000 orang yang hadir pada program Solidariti Rakyat Sabah bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Padang Perbandaran Tawau di sini, Ahad.
Penegasan Najib itu yang dinyatakan dengan suara lantang mendapat tepukan dan sorakan daripada hadirin yang membanjiri Padang Perbandaran Tawau sehingga melimpah ke kawasan jalan raya, disertai paluan gendang.



Beliau menegaskan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO diperolehinya secara proses demokrasi dan ditentukan oleh rakyat dan anggota UMNO dari seluruh negara iaitu dari Padang Besar di Perlis hingga ke Pulau Sebatik, di Tawau, Sabah.
Ini merupakan kali pertama Najib menjawab secara terbuka dan lantang desakan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau meletak jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO.
Najib yang ingin mendengar sendiri suara sokongan hadirin dengan melaungkan "rakyat Sabah sokong" sebanyak tiga kali telah disambut dengan sorakan gemuruh hadirin, "Najib, Najib, Najib".
Menegaskan pendirian kukuhnya, Perdana Menteri sempat membacakan falsafah Bugis yang berbunyi 'Kendati tergantung awan di langit. Telah terlanjur ku bentang layar. Walau badai datang menggunung. Walau berdentum guruh di langit, walau bumi berkeping dua, tak kan mungkin ku berbalik haluan'.

Justeru, kata Najib takkan satu suara lebih besar daripada suara yang didengarnya daripada hadirin dan juga rakyat di Kota Belud ketika menghadiri program perasmian Projek Perumahan Rakyat di daerah berkenaan pagi tadi serta suara rakyat yang telah memberi mandat kepadanya untuk memerintah negara.

Katanya setiap pemimpin termasuk beliau pernah menempuh ujian dan tidak terkecuali Dr Mahathir yang menghadapi lebih banyak ujian ketika menerajui pucuk pimpinan negara selama 22 tahun.


"Mana tak ada ujian. Ujian Team A, Team B (dalam pemilihan UMNO, Dr Mahathir) hampir kalah. Hampir 50 peratus ahli UMNO suruh dia letak jawatan. Tapi apa dia jawab, 'walaupun saya menang satu undi, saya akan tetap terus menjadi Perdana Menteri'. Oh hebat dia jawab.

"1987, saya antara yang menyokong dia. Dia (Dr Mahathir) kekal menjadi Perdana Menteri sebab apa? Sebab kita bersama dalam susah. Bila dalam susah kita beri sokongan dia kekal. Kalau kita sokong pemimpin menghadapi ujian, Dr Mahathir tidak boleh kekal 22 tahun menjadi Perdana Menteri," yang sekali lagi mendapat sorakan hadirin.
"Jadi, janganlah lupa, waktu dia (Dr Mahathir) jadi Perdana Menteri, kita sokong dia penuh. Sekarang dia tidak jadi perdana menteri, sokonglah pula. Kalau tak boleh sokong, janganlah bunyi sangat. Tapi tak apa, jangan rosakkan parti. Kita boleh terangkan (isu berkaitan 1Malaysia Development Berhad - 1MDB)," katanya.

Najib berkata kenyataan Dr Mahathir berhubung 1MDB kebelakangan ini berbelit-belit, sekejap kata 1MDB hilang RM42 bilion selepas itu kata pula tak hilang tetapi 1MDB berhutang RM42 bilion.

Beliau menegaskan kerajaan ada cara tersendiri untuk menyelesaikan isu 1MDB jika diberi tempoh.

Perdana Menteri menjelaskan ketika Tabung Haji membeli sekeping tanah milik 1MDB ia adalah pelaburan dan bukannya 'bailout' 1MDB kerana Tabung Haji boleh memperoleh keuntungan sehingga lebih RM170 juta melalui pembelian itu namun disebabkan perkara itu dijadikan isu, beliau menasihatkan Tabung Haji menjual tanah berkenaan.

Najib berkata melalui penjualan semula aset berkenaan, Tabung Haji boleh untung sehingga RM5 juta hingga RM6 juta namun pada masa sama merugikan pendeposit Tabung Haji sendiri kerana jika aset itu tetap milik Tabung Haji, pendeposit boleh untung sehingga RM170 juta.

"Tetapi kerana isu sudah dipusing sebagai isu yang panas, orang kata 'you are shooting yourself at your foot', tembak kaki sendiri. Inilah yang saya kata tidak rasional.

"Kita buat sesuatu untuk apa? Untuk kebaikan rakyat. Bagilah peluang. Setiap perkara boleh kita selesaikan. Tetapi beri peluang kepada pemimpin untuk menyelesaikan perkara itu," katanya.




Perdana Menteri berkata selepas menyaksikan sokongan padu diberikan rakyat kepadanya seperti yang dapat dilihat pada perhimpunan hari ini, beliau berazam untuk meneruskan perjuangan malah semangatnya kian berkobar.
Turut hadir pada program itu ialah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman, dua Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin dan Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, Menteri Belia dan Sukan Sabah yang juga Ketua UMNO Bahagian Tawau Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan dan Anggota Parlimen Kalabakan Datuk Seri Abdul Ghapur Salleh.



Komen GPB

Ini yang ahli parti mahukan ...ketegasan PM ditunjukkan hari ini dengan  melawan Tun Mahathir & pembangkang yang banyak menipu & memutarbelitkan isu 1MDB dan Tabung Haji .



26 Responses

  1. Anonymous says:

    SOKONG BAWA REBAH...........SUKA SANGAT DIA

  2. Anonymous says:

    Cerita pada orang sabah pasal tanah kerajaan dah tergadai buat apa? Org sabah bukan peduli. P.m najib masih terpusing2.. Tak menjawap persoalan sebenar, 1mdb jerut leher p.m , gst jerut leher rakyat..

  3. Janji di ucap janji di tagih
    rumah beratap rumah bersiling
    Membuka pencak si anak Bugis
    jurus dituju ke anak Keling

    Walau jauh Cita diharap
    Harapan jitu beria ria
    Jika anak Keling jatuh tertiarap
    Bangun bergegas balik Ke India

    Yillek pochik Nana..pore pore

  4. Anonymous says:

    Syok sendiri la tu, kena cermin diri tu.

  5. KZSO says:

    Undur undur najib undur

  6. Anonymous says:

    go Najib go...Isyaallah berkat keiklasan , anda akan berjaya mengharungi badai jahat ini..amimmm

  7. Anonymous says:

    go Najib go...Isyaallah berkat keiklasan , anda akan berjaya mengharungi badai jahat ini..amimmm

  8. Dulu peliwat tua nak bawa Sabah keluar Malaysia..kali ini Najib boleh bawa Sabah keluar Malaysia..orang Sulu sure sokong. Minyak dan Lng tersangat banyak. Najib jadi Sultan..Landscape baru Malaysia tanpa Sabah..referendum Sabah masok Malaysia kerja tipu British. So semua orang Sabah setuju keluar ko mangkuk oi nak kata apa?

  9. Anonymous says:

    Lepas ini dedah pula salah guna kuasa Mahathir mem "bail out" syarikat anak2nya dan kroni2nya berpuluh-puluh billion menggunakan duit Rakyat. Sudah tiba masanya untuk melawan.

  10. Dulu peliwat tua nak bawa Sabah keluar Malaysia..kalau Najib pula nak buat sama dan orang Sabah setuju apa macam? Najib jadi Sultan atau Presiden. Naik pangkat tau..minyak dan Lng melimpah ruah. Orang Sabah masok Malaysia tipuan British. Senang control dari jatuh ke Filipina..depa minta referendum baru. PBB tak boleh tolak..maka Malaysia hilang satu negeri dan hilang bertrillion ringgit minyak dan gas. Brunei pasti sokong. Sabah dia punya dulu..apa macham machai2 Mahathir dan Muhyiddin?

  11. Anonymous says:

    Siapa cakap semua ahli umno sokong najib, cuba buat pemilihan raya olok olok atau tunggu jer prk baru yang umno menang majariti bawah 1000, baru tau rakyat sokong atau tak, najib macam biasa pakai flash mop i love PM tapi kali ni bukan orang cina, taktik lama meloyakan.

  12. Anonymous says:

    Selamat berjuang anak jantan.
    Ingat, dalam gengammu ada bumi pusaka,
    ada bangsa pewarisnya
    Dalam kamu berpencak
    Jangan sampai terlepas
    Dikiri kanan ada pengkhianat menunggu
    Ada musuh menanti utk merampasnya

  13. teruskan berjuang dato seri. benarlah kata lim kit siang, nilai sorang melayu hanya rm50. tidak rasional, ditarik telinga sikit, macam lembu mengikut sahaja.langsunfg tak sayangkan pemimpin

  14. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO Di: 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

  15. Anonymous says:

    Mahathir boleh tumbangkan Najib sekali gus BN, tapi kena main 'jahat' sikit iaitu bergabung dgn PR buat road show, habislah Najib. Walaupun sudah tidak ada kuasa, Mahathir masih berpengaruh & masih banyak penyokong2 tegar. bak kata omputeh 'don't play with fire'. Perlu diingat siapa yg rugi dlm hal ini kalau Najib/BN nak lawan Mahathir..he has nothing to lose, hampir 90 tahun...

  16. Anonymous says:

    Kau kutuk anak keling... anak kelinglah tu yang dah naikkan malaysia ketahap yang dihormati dunia.

    Apa anak Melayu ada buat???

    Ada pun yang gila meliwat...

    Ada pun yang lepaskan peliwat....

    Harapkan anak Bugis... kini....

  17. Anonymous says:

    Tak perlu lawan Tun M lah Najib. Yang kita tertunggu tunggu tu penjelasan ......

  18. Anonymous says:

    1MDB BANYAK MENGAMBIL ALIH SYARIKAT TAIKUN SEBAB TU MAHATDIR MARAH PASAL TU SEMUA KRONI DIA.. KITA BELI SYARIKAT TAIKUN TU SEBAB DORANG CAS PADA RAKYAT SANGAT MAHAL.

  19. Anonymous says:

    kah kah kah bravo mr beans hang dah berjaya pecah belahkan umnongok yang busuk sampai keusus dari dalam.


    Raja-Raja Melayu bersiap sedialah mempertahankan Negeri kamu masing-masing, patik rasa kambing-kambing umnongok dah berpecah belah tunggu masa nak dimakan serigala.

  20. Anonymous says:

    Mahathir tak le tidur malam semalam bila dengar ucapan PM Najib...

  21. Anonymous says:

    http://tunkuaisha.blogspot.com/2015/05/questions-for-tun-dr-mahathir.html

    So what Tun M said.....

  22. Anonymous says:

    Go Najib go... kalahkan Madet and kuncu...

    Kasi gst lebih sikit kat kuncu Madet...

    Biar mereka rasakan.

  23. UMNO baru says:

    sebab tu bila orang tanya pasal 1MDB, jawab la.. jgn senyap saja & kata auditor dah luluskan. hormat lah sikit orang tua tu. sekarang bila semua dah mula tanya, baru nak gelabah, nak mintak sokongan. baru nak keluar falsafah bugis segala bagai..

    kalau hari tu jawab elok2 apa orang tanya, takkan boleh jadi macam ni.. tapi dah bodoh, dan ada penasihat yg bodoh jugak, nak buat mcmana..

    satu lagi nasihatlah rosmah tu jangan deras2 sangat..susah kita orang2 UMNO ni nak jawab bila orang komplen.. buat macam siti hasmah dulu apa salahnya?..

    tapi dah bodoh, nak buat macamana..

  24. Anonymous says:

    Sebenarnya yang buat orang hangin sangat dengan Najib bukan 1MDB. Tapi Rosmah. Samalah kes zaman Pak Lah, budak tingkat 4.

    Bila zaman dia ada orang bermaharalela dan ambil kesempatan, that PM must go!

  25. Anonymous says:

    Dulu ada orang gelarkan TDM mahazalim. Kini terbukti gelaran tu x salah kerana beliau dah menjatuhkan AAB dan kini cuba nak jatuhkan Najib pula. Apa jaminan beliau x akan menjatuhkan pengganti Najib kelak? What a terrible man he is!

  26. Anonymous says:

    Untuk menyelesaikan masalah 1MDB, Najib kena teruskan jadi PM kerana beliau tahu bagaimana nak selesaikan cuma ambil masa. Jika dia undur, siapa nak selesaikan kemelut ini? Sebagai rakyat biasa, saya percaya 1MDB boleh berjaya dengan visinya untuk mengurangkan tariff elektrik dan pelaburan jangka panjang yg menguntungkan. Mudah2an rakyat akan dapat merasa faedahnya nanti.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.