..

..

MEMALUKAN ! DAP JATUHKAN MARUAH WAN AZIZAH KETUA PEMBANGKANG

on Tuesday, May 19, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Macamana nak memerintah negara , soal menentukan siapa kabinet bayangan pun gagal putuskan .  Wan Azizah selaku Ketua Pembangkang di Parlimen pun dimalukan DAP bila cadangan menubuhkan kabinet bayangan ditolak keras Guan Eng . 




Tindakan DAP menolak cadangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang ingin menubuhkan kabinet bayangan memperjelaskan hakikat yang selama ini masih kabur dan tidak mahu diakui ramai.

Alasan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng ialah cadangan tersebut langsung tidak praktikal ekoran masalah mencapai kata persetujuan antara ketiga-tiga parti khususnya PAS.

“Selepas pengalaman kita dengan Datuk Seri Abdul Hadi bahawa beliau boleh veto, dia boleh tolak (keputusan) sama sekali, beliau boleh buat keputusan diri sendiri seperti kes hudud yang tiada perbincangan langsung dengan mana-mana pihak saya rasa cadangan (kabinet bayangan PR) adalah tidak praktikal.

“Oleh itu, cadangan tersebut saya rasa susah untuk dilaksanakan, sebab itu pihak kami rasa lebih baik kita ada satu kabinet bayangan untuk setiap parti dan setiap parti akan adakan perbincangan, jadi mekanisme ini telah berubah dan saya rasa benda ini juga akan dipersetujui oleh Ketua Pembangkang,” katanya di Lobi Parlimen, Selasa . seterusnya



Apabila kena sound dengan DAP , Ketua Pembangkang paling lemah ini cuba cover malu dengan menyatakan ia hanya  comittee Parlimen  . 

Dalam isu ini jelas membuktikan Pakatan Rakyat jelas tidak sepakat dalam soal membuat keputusan bersama dan Wan Azizah hanya boneka saja diletakkan sebagai Ketua Pembangkang. 




Setelah cadangan kabinet bayangan pakatan pembangkang ditolak DAP, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tampil menyatakan bahawa cadangan beliau sebenarnya ialah untuk mewujudkan jawatankuasa parlimen. 
Nyatanya, Ketua Pembangkang itu yang termalu dengan penolakan DAP serta PAS berhubung cadangan kabinet ketua pembangkangbayangan bertindak untuk cuba mengalih perhatian ramai dari usul tidak praktikal yang dibuatnya. 
“Ini bukan kabinet bayangan, tapi ia adalah satu komiti,” katanya di lobi Parlimen, Selasa. 
Beliau sebaliknya cuba mengalih tumpuan kegagalan dirinya dengan menyalahkan kerajaan Barisan Nasional, (BN) kerana tidak memperuntukkan bajet bagi menubuhkan jawatankuasa parlimen. seterusnya


Sebaliknya DAP membuat sendiri kabinet bayangan mereka dengan mengetepikan PKR & PAS




Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.