..

..

MAHATHIR SERANG PERIBADI ROSMAH TINDAKAN TAK MASUK AKAL & TAKTIK LAMA

on Wednesday, May 13, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 8 Comments





Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajudin Abdul Rahman menyifatkan tindakan Tun Dr Mahathir membuat serangan peribadi terhadap Datin Seri Rosmah Mansor sebagai satu tindakan yang tidak profesional.

Tajudin berkata, tindakan bekas perdana menteri itu membidas isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah tidak masuk akal.

Kata beliau, sebagai pemimpin yang mempunyai pengalaman luas dalam jawatan tersebut, beliau tidak perlu mengkritik peribadi seorang pemimpin, sepatutnya menegur dasar-dasar kerajaan yang memberi manfaat kepada rakyat dan negara. 

Tambah beliau, negara ini semakin maju seperti negara asia timur tetapi fikiran Mahathir masih kebelakang apabila mula menyerang peribadi pemimpin. 

"Kita menuju ke arah menjadi sebuah negara maju seperti Jepun dan Korea, jadi jangan bercakap tentang perkara peribadi," kata Tajudin.

Mahathir sebelum ini mula menyerang Rosmah dengan mengatakan gaya hidup isteri perdana menteri itu seakan-akan perdana menteri dan menyebabkan orang Melayu dan Cina meluat tentang gaya itu. 

Disebabkan tindakan Mahathir itu, ramai orang mula mengecam apabila menggunakan taktik lama dengan menyerang peribadi dan dianggap beliau sudah kehabisan modal untuk mengkritik perdana menteri. -Utaranews.com-


8 Responses

  1. Pendekar Tua..dah lupa jurus

  2. Anonymous says:

    Banyak ketua negara lingkup sbb ragam bini
    Tun m pun tahu ini cerita tak baik tapi semua rakyattahu rosmah ,,,, Aku tau rosmah sebelum dia kawin masa menuntut , malas nak cerita ,,,,,Dia memag cari org berpangkat , terkenal utk menempel bukan aja dia tapi mak ayah nya pun,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ini bukan crite rekaan malas nak ckp.......tajudin kau cari kerabt terkenal di N9 tahun 50an 60an 70an 80an yu cari sapa----
    yu tak ingat mcmana tun nak naikan najib - mcm2 seranah maki hamun org pd tun , apa najib ada pertahankan tun .....takda ''PLAY SAFE'' mcm main pocker
    yu pru14 - not in the list

  3. Anonymous says:

    Berani noo Tun M kata kat First Lady............. Tak takut ke Tun M kena sumpahan Anak Bugis.

  4. Anonymous says:

    kipas jangan tak kipas...

  5. Anonymous says:

    Lama dah habaq kat Najib supaya Rosmah stay clear of the political scenario and the administration of the nation, tapi tak mau dengaq.

    Rakyat dah menyampah tapi dia buat pekak je.

  6. Anonymous says:

    masih teringat aku kepada satu cerita yang dituliskan oleh Tun Mahathir berkenaan "Raja Bogel". disebabkan tak boleh tegurlah maka "Raja" tersebut dicaci dibelakang. bukan kah baik kalau ada yang menegur kerana tidaklah kita melakukan sesuatu diluar batasan. patutnya kita berterima kasih kepada yang berani menegur. lagi pun perkara yang ditegur itu jelas kelihatan melepasi batasan.

  7. Anonymous says:

    Sb rosmah guna duit kerajaan dol

  8. Anonymous says:

    rasa nya kalao tun beno nak menyerang peribadi rosmah, banyak lagi versi yg hot meletop boleh tun kabo ke....
    setakat kabo rosmah 'gaya hidup isteri perdana menteri itu seakan-akan perdana menteri' semua rakyat yg celik dan buta tahu.
    agak agak bior le cerdik sikit kalo nak mengipas najib.
    Jangan lupa jasa najib bila menaik tarafkan pendidikan Malaysia ke taraf Negara maju, so ramai kini rakyat yang bijak dan pandai atas jasa najib.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.