..

..

MAHATHIR KEMBALI GUNA ACUAN PROPAGANDA PROGRAM SEMARAK

on Monday, May 18, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



1.1987, ketika tingkatan 3 kami diarah balik ke rumah kerana asrama tempat kami menginap akan digunakan untuk program SEMARAK. Khabarnya Perdana Menteri, Dr Mahathir akan datang ke Sungai Besar.

2. Di Padang Tonggak 10, ramai sungguh manusia, diatas pentas kelihatan Tan Sri Mat Taib - MB, Mat Rahmat,
 Sanusi Junid. Inilah kali pertama saya melihat pemimpin secara live. Tugas saya pada ketika itu ialah mengedarkan makanan kepada hadir di 2 lokasi, Parit 2 Barat dan Tonggak 10. Upahnya sekadar RM5. Cukuplah makan soto Komari dan cendol Karim.


3. Lagu Setia pun berkumandang dan ia menjadi siulan kami di sekolah dan kanak-kanak turut sama menyanyikannya. Pada ketika itu saya tidak tahu apa tujuan himpunan seramai itu cuma soksek politik ialah Mahathir mahukan sokongan rakyat kerana ada krisis dengan Sultan.



4. Saya membesar dengan Mahathir menjadi PM dan seingat saya hubungan sentiasa tegang dengan Tunku Abdul Rahman. 1986, TPM, Musa Hitam meletakkan jawatan.



5.Apabila saya melanjutkan pengajian peringkat PhD dalam sains politik, mengkhusus kajian propaganda. Memahami peranan Goebbels, Menteri Propaganda zaman Hitler. Menyemak pula peranan Tok Mat ketika Tun Mahathir berhadapan krisis Sultan. Rupanya itulah propaganda.


6. Pada ketika ini, ketika saya dewasa Tun Mahathir road tour sekali lagi mengumpulkan orang dan saya mulai faham tujuannya.


YB Budiman Zohdi 


***


Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.