..

..

LAGI NAMA JALAN P.PINANG DITUKAR KEPADA NAMA PEMIMPIN DAP

on Wednesday, May 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments




Sejak DAP memerintah Pulau Pinang, beberapa batang jalan telah ditukar nama kepada nama pemimpin-pemimpin DAP. Yang terbaru sebelum, Lebuh Sungai Pinang 4 sepanjang 290 meter telah dinamakan Persiaran Karpal Singh 1 manakala Lebuh Sungai Pinang 5 sepanjang 510 meter diberi nama Persiaran Karpal Singh 2. Seiring dengan ini, medan siar kaki di sebahagian tepi pantai Jelutong dari Sungai Pinang ke Lebuh Sungai Pinang 1 sepanjang 1.55 km akan dikenali sebagai Persiaran Karpal Singh.

Hari ini pula, seorang lagi pemimpin DAP, Chian Heng Kai, mantan Ahli Parlimen Bukit Mertajam telah dinamakan semula pada sebatang jalan di Pulau Pinang. Jalan berkenaan terletak di Taman Bayu Mutiara, Bukit Tengah, Bukit Mertajam. Carian di Google tidak menemui sebarang maklumat mengenai Cina DAP ini. Apakah sumbangan beliau kepada Pulau Pinang kalau tidak adapun sebarang sumbangan beliau kepada negara. Baru 2 penggal DAP memerintah Pulau Pinang, habis beberapa jalan dinamakan atas pemimpin mereka. 

Bayangkan kalau beberapa penggal lagi mereka dapat memerintah Pulau Pinang. Kalau kerajaan Pusat tukar nama jalan di KL kepada nama YDP Agong , mereka lah paling kuat yang menghentam !!


9 Responses

  1. Anonymous says:

    Kita yang islam ambil iktibar. Apa2pun jika kita mengejar akhirat... dunia akan mengejar kita.

  2. Anonymous says:

    Tenguk DAP buat sesuka hati dia je. Patut bagi nama jalan yg ada historical value supaya ada memori tersendiri atau nama yg ada maksud yg baik atau yg indah.

  3. Anonymous says:

    Tahniah orang Melayu Malaysia.. pandai cakap gah aje.. aksi langsung tak dak.Tanah air sendiri dirampas atas kebodohan sendiri.

  4. Anonymous says:

    Itu lah penting nya kuasa !..tapi masih ramai org melayu yg tidak tahu betapa penting nya kuasa..teruatama anak2 melayu yg mudah termakan hasutan.

  5. Anonymous says:

    Itu lah penting nya kuasa !..tapi masih ramai org melayu yg tidak tahu betapa penting nya kuasa..teruatama anak2 melayu yg mudah termakan hasutan.

  6. Nama yg paling besar siapa pun tak mau tukar trmasuk masa BN ialah nama George Town.Semua syg sgt .Apa salah tukar namaTanjung dan Bagan utk Butterworth,?Sekrng nasi dah jadi bubur Dap la kenyang.

  7. Anonymous says:

    Ada cariannya ... dan sedikit maklumat tentang Chian Heng Kai tu ...
    > Ahli DAP sejak tahun 1967
    > Menang PRU 1978 di kawasan Batu Gajah, Perak ketika PM Malaysia Tun Hussein Onn
    > Menang kerusi Bukit Mertajam pada tahun2 1986 dan 1990
    > Pernah menyandang jawatan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan
    > Pernah ditahan di bawah ISA selama 4tahun 9bulan kerana memperjuangkan hak bahasa ibunda untuk pendidikan Cina pada 1976. Ini bermakna, dia memenangi kerusi Batu Gajah(1978) ketika berada dalam tahanan.
    > Masuk 'gol' pada 14 Mei 2011 akibat penyakit kanser hati pada usia 71tahun.

    EVLee

  8. Anonymous says:

    Islam dijunjung, dunia dikendong, kalau dunia kita dah dikuasai kafir dihalaunya kita macam rohingya ko nak merempat kat mana??

    pss..dunia asas penghidupan untuk membina akhirat...

  9. Anonymous says:

    Apabila Melayu mengagungkan Pemimpin Liwat maka bumi akan menelan mereka. PAS, PKR maupun UMNO habis semua ditelan oleh bumi.

    Yang tinggal hanyalah DAP. Tahniah DAP! Gua caya lu!

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.