..

..

JIKA NIK AZIZ MASIH HIDUP, DAP TAK BERANI CERAMAH TOLAK HUDUD DI KELANTAN - NIK ABDUH

on Thursday, May 14, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments





Anak kepada bekas Mursyidul Am PAS, Nik Muhamad Abduh Nik Abdul Aziz sangat yakin jika bapanya, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat masih hidup, beliau tidak akan sekali-kali membenarkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang datang ke Kelantan untuk berceramah sebagaimana berlaku baru-baru ini.

Nik Muhamad Abduh yang merupakan Ahli Parlimen Pasir Ma itu nyata sangat kecewa terhadap tindakan PAS Kota Bharu yang sanggup menjemput Kit Siang untuk menyampaikan ceramah menolak perlaksanaan hukum hudud di negeri berkenaan.

Beliau berkata, keadaan yang berlaku di Kelantan benar-benar mengejutkan apabila pemimpin di sana seakan-akan ‘bergembira’ selepas ketiadaan Allahyarham Nik Abdul Aziz dengan menjemput seorang invdividu seperti Kit Siang walaupun mengetahui pemimpin berkenaan bertanggungjawab menentang hudud di  negeri terbabit.

“Mereka kata, sejak Pas kehilangan TGNA rahimahullah, Pas berubah begitu cepat sekali seolah-olah ada golongan yang menanti-nanti kematian itu.

“Saya jawab, ya. Jika ada TGNA, tiada pemimpin Pas yang berani membawa dan bersama LKS ke Kota Bharu untuk berceramah menolak hukum ALLAH.

“Semoga ALLAH mengukuhkan istiqamah ahli Pas seluruhnya menyambung perjuangan tuan guru yang telah menemui Tuhannya di belakang tuan guru presiden yang masih bersama berjuang melawan badai tipu daya,” katanya dalam tulis di laman sosial Facebooknya semalam.

Memetik kepada laporan, PAS Kota Bharu telah bertindak menganjurkan  Ceramah Perdana bertajuk ‘Kukuhkan Pakatan Hancurkan Barisan’ di Padang Perdana pada malam Ahad lalu dengan menjemput Kit Siang serta beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) termasuk Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu serta Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli.

Dalam ucapan yang dilakukan Kit Siang, beliau menegaskkan tindakannya menentang perlaksaan hudud disebabkan ia telah bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan serta mendapat nasihat daripada tokoh ulama dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi.

“Saya baca bila saya ke Jordan. Saya baca adalah sarjana-sarjana dan ustaz dan ulama Islam ada berpendapat bahawa hudud sebahagian  kecil daripada undang-undang syariah dan ia mempunyai syarat sebelum  ia dilaksanakan.

“Ketua Persatuan Ulama Islam Dunia, Syeikh Yusuf Al-Qardhawi ada berpendapat bahawa kalau undang-undang syariah tidak boleh dilaksanakan maknanya masa tidak sampai untuk melaksanakan, ataupun tidak ada keutamaan. Bukan saya kata, itu yang saya baca,” katanya dalam ceramah beliau. 




4 Responses

  1. Anonymous says:

    LGE ambil kesempatan kerana diberi peluang khinzir-khinzir dalaman PAS. Tak kiralah TGNA masih hidup atau tak.

    Apa yang dikatakan Nik Abduh ni menunjukkan yang PAS teramat lemah tahap bangkai.

    Kenapa tak ada pun yang protes besar-besaran?
    Kenapa tak ada yang terguling-guling di jalanan?
    Kenapa seluruh anggota pas tak kutuk si apek tua harbi tu?
    Kenapa masih bertahaluf siasi dengan mereka?

    Tak pernah pun ada berita ahli DAP memeluk Islam kerana tahaluf siasi dengan PAS kerana memahami Islam menerusi ahli-ahli PAS?

    Yang sememang ada ialah tempat-tempat suci Islam dinoda kesuciannya olah ahli-ahli Pakatan termasuk PAS. Mereka dibiarkan memasuki masjid-masjid dan surau-surau demi untuk mengutuk pemimpin-pemimpin beragama Islam di Malaysia kerana perasaan kebenciadan hati yang terlalu busuk bangkai babi.

    Semoga Allah memberi pemimpin PAS ni semua petunjuk.... atau hancurkanlah dan hinakanlah mereka seperti mana mereka memfitnah, mengkafirkan dan mengutuk UMNO.

  2. Anonymous says:

    Hahaha..dah kena ludah atas muka pun masih tak sedar sedar lagi ke..PAS PAS..Kenapa lah BANGANG sangat.
    PADAN MUKA kapir hari dtg bagi ceramah mengenai hudud.

  3. ulaaarrrmak muda pas = ulaaarrrmma muda umno , yang bezanya si a pakai kupih dan si b pakai songkok hitam

  4. Anonymous says:

    Mana boleh cakap kalau begini. Berpuluh tahun Nik Aziz jadi MB tak berubah mana perangai orang Kelantan.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.