..

..

HENTIKAN KEMPEN BERSANDARKAN FITNAH, PERTAHANKAN INSTITUSI TABUNG HAJI

on Friday, May 15, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 6 Comments




PERTAHANKAN INSTITUSI TABUNG HAJI

Hentikanlah kempen sia2 untuk keluarkan wang deposit daripada Tabung Haji. Fikir secara rasional di samping harus ada rasa tanggungjawab utk pertahankan institusi milik orang Islam iaitu kita semua. Ada beberapa isu perlu difahami sebelum buat apa2 keputusan yang tidak bijak:
1. Semua duit deposit dijamin oleh kerajaan. Jadi tak perlu bimbang kononnya duit kita lesap bila Tabung Haji rugi (kalaupun betul dakwaan rugi)

2. Lagipun Tabung Haji mempunyai dana sebanyak RM56 Billion atau RM56,000 juta. Pelaburan Tabung Haji dibuat berdasarkan strategi "alokasi aset" yg telah diluluskan terlebih dahulu oleh Lembaga Pengarah. Daripada jumlah ini alokasi atau peruntukan untuk sektor pelaburan hartanah adalah 15-20 peratus atau kira2 RM11 billion.

3. Sejak 10 tahun dulu, Tabung Haji tidak pernah gagal bahkan trend menaik dari tahun ke tahun dalam pemberian bonus dan dividen yang tinggi. Kadar dividen Tabung Haji adalah lebih tinggi berbanding dengan mana2 tawaran pelaburan di mana2 institusi perbankan Islam dan patuh Syariah. Bahkan risiko pelaburan amat rendah (atau hampir tiada lantaran jaminan yg diberikan kerajaan) berbanding mana2 dana amanah yg lain. Tahun lepas shj 8.5 peratus bonus (6.25% bonus tahunan dan 2% bonus haji) diagihkan pada setiap pendeposit selepas ditolak zakat. Maknanya tidak perlu lagi bimbang soal tanggunjawab zakat kerana telah dibayar bagi pihak pendeposit.

4. Pelaburan atau pembelian hartanah yang dibuat oleh Tabung Haji hanya dalam hartanah yang patuh syariah dan mampu menjana pulangan (yield) tidak kurang 6%. Dalam kes pelaburan Tun Razak Exchange, pelaburan dijangkakan memperolehi pulangan tahunan antara 8-9.5% iaitu bersamaan keuntungan secara kasar kira2 RM180 juta setahun berbanding kos pembelian tanah yang dibeli pada harga RM170 juta.

5. Harus rasional bahawa yang didakwa bermasalah adalah 1MDB bukannya aset hartanah yang dijualnya. Analogi mudah bila kita beli rumah di kawasan strategik yang kita tahu harganya akan naik tinggi selepas beberapa bulan atau tahun, apakah kita beli kerana rumah itu atau kerana penjual rumah.

5. Tabung Haji perlu meneruskan aktiviti pelaburannya kerana dua sebab:

Pertama: Untuk terus bagi pulangan dividen yg tinggi pada pendeposit khususnya yang melibatkan pendeposit yang simpan duit di Tabung Haji bagi tujuan pelaburan kerana sudah menunaikan haji. Menurut Tabung Haji mereka dalam kategori ini adalah yang paling ramai iaitu 8.1 juta pendeposit dengan jumlah dana RM32 billion. Kena juga ingat 2014 keuntungan drp pelaburan adalah RM3.2 billion.

Kedua: Untuk terus memberi subsidi pada jemaah haji yang hanya memerlukan mereka bayar RM9980 berbanding kos sebenar haji RM17270 bagi setiap orang. Ini bermakna Tabung Haji subsidi RM7290 setiap orang atau berjumlah RM120 juta bagi tahun 2015..
Justeru hentikanlah kempen2 sebegini yang hanya akan menjatuhkan institusi Islam dan Melayu. Jangan hanya mudah percaya pada maklumat2 yang bersifat andaian bahkan fitnah terutamanya di zaman media sosial yg penuh dengan tohmah dan fitnah.
Amalkan prinsip'tabayyun' atau buat penilaian atau siasatan terperinci satu2 maklumat yang datang sebagaimana saranan Allah dalam surah Al-Hujurat sebelum bertindak mahupun menyebarkan dakyah. 

Berhujahlah atas dasar ilmu dan iman bukannya sentimen dan semangat retorik. Jangan pula nanti kita diibaratkan "menang sorak kampung tergadai".

Dr Asyraf Wajdi Dasuki 


6 Responses

  1. Anonymous says:

    Wahai melayu jdlah manusia yg berotak..yakni menggunakan otak utk bfikir..

  2. Anonymous says:

    #1. Kalau tidak ada orang yang termakan dengan fitnah makanya fitnah tidak akan berterusan, #2. Masalah terdapat ramai otak orang2 yang telah di asuh dengan fitnah sehingga 100% percaya dengan apa2 yang terbit dari kilang fitnah #3. Biar lah ramai yang keluar duit dan batal hasrat nak pergi haji. Kalau boleh biar semua penyokong Pas dan PKR keluar semua duit tabungan dan tarik balik permohonan nak tunai haji. Dengan ini ramai permohonan yang lain boleh naik cepat antara 4-5 tahun.

  3. Anonymous says:

    Aku Pendeposit Setia TH,

    Berkata walau apa pun aku akan terus beristiqamah untuk menyimpan dengan TH kerana aku cukup yakin dgn keikhlasan dan kemampuan pihak TH dlm menguruskan pelaburannya. Kalau nak tanya bukti semaklah sejak dpd penubuhannya sehingga kini pernahkah pihak TH gagal membayar keuntungan yg diperolehi kpd pendepositnya. Sepatutnya umat Islam di Malaysia mengucapkan syukur dan berterima kasih kpd pihak TH kerana kerja keras merekalah maka separuh dpd beban kos menunaikan ibadah tersebut dipikul oleh mereka.

    Aku berharap dgn simpanan titk peluh aku ini dapat membantu sedikit sebanyak menambah pelaburan oleh pihak TH dan semoga ia boleh terus menyumbang subsidi kpd umat islam lain bagi mnenyempurnakan ibadah ini sehingga insyallah tibalah giliran aku pula.

    Buat pihak pengurusan dan kakitangan TH jgnlah berasa dukacita dgn apa yg berlaku ini kerana Allah swt lebih Maha Mengetahui. Teruskan perjuangan kalian kerana yakinlah apa yg kalian usahakan ini bukan sesuatu yg sia-sia.

    Aku akan TERUS TETAP SETIA menyimpan dgn TH.

  4. saya mengucapkan banyak terimakasih kepada MBAH WITJAKSONO yang telah menolong saya dalam kesulitan,ini tidak pernah terfikirkan dari benak saya kalau nomor yang saya pasang bisa tembus dan ALHAMDULILLAH kini saya sekeluarga sudah bisa melunasi semua hutang2 kami,sebenarnya saya bukan penggemar togel tapi apa boleh buat kondisi yang tidak memunkinkan dan akhirnya saya minta tolong sama MBAH WITJAKSONO dengan senang hati MBAH WITJAKSONO mau membantu saya..,ALHAMDULILLAH nomor yang dikasih semuanya bener2 terbukti tembus dan baru kali ini saya menemukan dukun yang jujur,jangan anda takut untuk menhubungi jika anda ingin mendapatkan nomor yang betul2 tembus seperti saya,silahkan hubungi MBAH WITJAKSONO DI 0852_2223_1459. ingat kesempat tidak akan datang untuk yang kedua kalinga
    KLIK=>>> BOCORAN TOGEL 2D 3D 4D 5D 6D

  5. Anonymous says:

    Bagus juga, biar keluar semua simpanan. Boleh mempercepatkan giliran kami untuk menunaikan haji yang kini mencelah 40 tahun menunggu.

  6. Anonymous says:

    Mempertahankan Tabung Haji tidak brmakna merestui dan mempertahankan Pengurusannya dalam JIKA menyalahkan guna kuasa.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.