..

..

GUAN ENG ANGKUH CABAR HADI TUNJUK DALIL AL QURAN TENTANG HUDUD !!

on Wednesday, May 20, 2015 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 7 Comments




Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mencabar Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengemukakan bukti dalil Al Quran yang membenarkan umat Islam memarahi pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud.
“Sebagai seorang yang bukan beragama Islam dan tanpa ilmu mengenai agama Islam, saya hanya tahu bahawa Islam adalah agama ramah, bukan agama marah.
“Saya memohon Hadi supaya mengemukakan dalil Quran yang manakah dijadikan hujah bahawa umat Islam mesti sentiasa marah terhadap mereka yang tidak percaya, mahupun mereka yang tidak sependapat,”katanya dilapor Malaysiakini.

Lim berkata DAP membantah hudud kerana ia bertentangan dengan Perlembagaan, bukan kerana ia sebahagian daripada ajaran Islam.
“Adakah Hadi hanya marahkan DAP kerana DAP merupakan satu-satunya parti yang ikhlas dan serius membantah undang-undang hudud tidak seperti parti-parti lain yang tidak benar-benar komited, tetapi sekadar bersandiwara mengikut arahan Umno?” katanya lagi.

Lim berkata demikian sebagai respon kenyataan Hadi pada program “Bicara Harakah” semalam yang berkata tanggungjawab dalam perkara berkaitan agama Islam merupakan sebab PAS masih ‘marah’ dengan DAP apabila bapanya yang juga penasihat DAP, Lim Kit Siang menolak hudud secara terbuka dalam satu ceramah di Kota Bharu.
“Bila kita nak mengemukakan usul yang berkait dengan undang-undang jenayah syariah (Hudud) di Kelantan, yang berkait dengan orang Islam sahaja, tidak ada kena mengena (dengan) orang bukan Islam.
“Kita sudah mengadakan pertemuan bersama dengan DAP dan (DAP) bersetuju Kelantan ada hak untuk mengemukakannya, DAP (ada) hak dia (untuk) tak bersetuju.
“Namun demikian, dia terus membuat kenyataan menghentam Kelantan…ini hak Kelantan, kita dah bersetuju,” kata Hadi,lapor Bernama.
Beliau berkata ketika menjawab pertanyaan seorang hadirin pada program itu yang bertanya mengapa PAS masih marah dengan DAP yang merupakan rakan dalam Pakatan Pembangkang.


7 Responses

  1. Anonymous says:

    Sebab2 utama Lim Guan Eng menentang Hudud:

    1. Sebagai Ketua Evangelist Kristian Malaysia Guan Eng sedar usaha-usaha untuk mengkristiankan orang2 Islam di Malaysia akan terbantut kerana setiap orang Islam yang murtad akan dihukum bunuh di bawah undang2 Hudud.

    2. Orang2 bukan Islam pula akan tertarik dengan agama Islam apabila menyaksikan keadilan dan keberkesanan undang2 Hudud. Hudud dilaksanakan di Arab Saudi, Iran dan Pakistan. Ramai kah orang yang kudung disana? Hudud sebenarnya lebih bersifat deterrent bukannya punishment. Ianya lebih kepada menakutkan dan menggerunkan potential wrongdoers daripada menghukum mereka.

    Ada orang kata Hudud tak penting yang lain lebih penting. Habis sampai bila ianya akan menjadi penting. Apakah kerajaan negeri pakatan tidak mengamalkan rasuah? My foot! Guan adalah kepala bapak rasuah nombor satu negara ketika ini. Dikala orang heboh tak tentu hala pasal 1MDB, dia sewenang-wenangnya menyapu komisyen untuk tender2, kelulusan projek pembangunan dan juga transaksi penjualan tanah kerajaan negeri Pulau Pinang.

    Oleh itu saya ingin mengajak semua orang Islam di Malaysia supaya bersatu untuk menegakkan hukum Allah. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

  2. Anonymous says:

    Hudud ada dalam Bible. Guan Eng tak baca ke? Kalau tak tau kat mana tanya RPK (Raja Petra Kamarudin)

  3. Anonymous says:

    Guan eng babi tu faham ke pasal dalil..?

  4. Anonymous says:

    PAS DAN HJ HADI SAMA SAJA..SENDIWARA DAN DRAMA MODEN...MARAH KONON..MANA MARUAH...POOORAH..

  5. Anonymous says:

    Lim Guan Eng boleh bagi dalil dalam bible yang mengatakan jesus tu tuhan?

  6. Anonymous says:

    aku percaya guan eng tak pernah baca tafsiran al-quran (kalau al-quran, lagilah tak reti baca). apa yang aku syak ialah guan eng seolah tahu pasal 'ayat khusus hudud' dalam al-quran. ini mesti kerja orang pas sendiri yang menyalurkan idea untuk guan eng membidas haji hadi. ada gunting dalam lipatan dan ada munafik dalam syaf pas.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.